0
Tips Penjagaan Rambut

‘2 BERADIK’ TAK TERPISAH

By 30 Oktober 2020 No Comments

Ramai wanita banyak memfokuskan terhadap penjagaan wajah dan sanggup habis beribu-ribu ringgit untuk mendapatkan wajah yang cantik sehingga mengabaikan soalan penjagaan diri yang lain.

Sedarkah anda rambut juga sama penting dalam soal penjagaan dan kebersihan diri? Sanggupkah anda dinilaikan melalui wajah yang cantik tetapi rambut yang tidak berkualiti?

Jaga wajah sama seperti jaga rambut. Kebanyakan wanita sekarang mengalami rambut gugur yang sangat dasyat sehingga mampu menjatuhkan keyakinan diri mereka sendiri. Terutamanya ketika berada di majlis keraian atau bersama ahli keluarga.

Kisah yang ingin dijadikan inspirasi kali ini adalah salah seorang pengguna Faith Fleur yang mendapat tempias serupa melalui suaminya. Dia ditegur si suami apabila secara tak sengaja menghadirkan rambut gugur di pinggan berdekatan dengan nasi si suami sekaligus menyebabkan suaminya ‘angin’.

Nekad dengan teguran tersebut, beliau sepantas mungkin mencari penyelesaian sendiri melalui akaun Facebook miliknya dan berjumpalah dengan Faith Fleur.

Fuhh untung terjumpa dengan Shampoo dan Conditioner Hair Loss Faith Fleur. TAK SANGKA RUPANYA DAH RAMAI orang berubah dengan Set Rambut Gugur Faith Fleur ni.

MINYAK CASTOR

Tak pernah pula terfikir, ramuan syampu boleh mengandungi minyak, tetapi sedikit perbezaan untuk syampu rambut gugur Faith Fleur ini kerana mengandungi Minyak Castor yang dapat membuang minyak berlebihan dan kekotoran pada kulit kepala.

Ia juga dapat meningkatkan fleksibiliti rambut dan mengurangkan rambut rosak, yang penting dapat membantu dalam pertumbuhan rambut. Ada juga kajian yang menyatakan rambut boleh tumbuh hampir 5 kali ganda dengan minyak castor. Betul ke? Anda perlu cuba sendiri.

COCAMIDOPROPYL BETAINE

Macam mana pula nak menyebut bahan di atas dan apakah fungsi yang dibawa oleh bahan tersebut? Sebelum kita masuk sedalam mungkin mengenai bahan ini, anda perlu tahu bahawa rambut kita sering terdedah dengan kotoran dan debu persekitaran yang sering kali melekat atau menyorok di kulit kepala.

Bahan ini pula berfungsi sebagai agen pembersih yang dapat menyingkirkan kotoran, minyak dan silikon pada permukaan kulit kepala supaya anda tidak terkena dengan pelbagai penyakit berbahaya yang melibatkan kulit kepala serta menjadikan rambut tumbuh dengan sihat.

DIMENTHICONE

Sering mengadu rambut kering dan kusam? Inginkan rambut bersih, cantik dan berkilat? Anda mesti antara yang penat cari cara bagi mengatasi masalah yang dinyatakan, betul?

Dimenthicone berfungsi sebagai pelembap yang menghalang rambut daripada kekeringan, kegatalan, rambut kasar dan kulit kepala bersisik. Selain itu, ia memberi perlindungan kepada kulit kepala daripada ‘dijajah’ penyakit berbahaya.

KENAPA RAMBUT JADI KERING SELEPAS MENGGUNAKAN SHAMPOO HAIR LOSS?

Soalan ini banyak diajukan oleh rata-rata pengguna Faith Fleur, terutama sekali mereka yang pertama kali mencuba set rambut gugur ini. Shampoo Hair Loss dikhaskan untuk membersihkan kulit kepala dan sememangnya membawa kesan sekiranya dipakai terlalu kerap atau yang paling penting, TIDAK MENGGUNAKAN CONDITIONER!

Conditioner pula berfungsi sebagai pelembap untuk rambut anda selepas dicuci bersama Shampoo Hair Loss Faith Fleur. Gandingan ‘dua beradik’ ini tidak boleh dipisahkan dan jika itu berlaku maka hasilnya tidak akan menjadi seperti yang diharapkan.

Cara Penggunaan:
1) Picitkan syampu ke tapak tangan bersaiz duit syiling 50 sen.
2) Satukan pada rambut dan urut kulit kepala perlahan-lahan.
3) Bilas rambut sehingga bersih.
4) Picit Conditioner Faith Fleur pada tapak tangan bersaiz duit syiling 50 sen.
5) Alurkan conditioner pada hujung rambut dan pastikan tidak terkena kulit kepala.
6) Kemudian, bilas conditioner dengan air sehingga bersih.

Nak tahu untuk dapatkan Shampoo dan Conditioner Hair Loss Faith Fleur ni?

> Hubungi pengedar sah kami di sini