0
Tips Penjagaan Rambut

ALAMAK! ‘DIA’ DAH MUNCUL!

By 7 September 2020 No Comments

Aduhhh!!! Rimasnya kulit kepala selalu sangat gatal dan menggaru ni kan? Rasa tak selesa atau sukar berhadapan dengan orang lain. Selagi boleh elak, mesti anda akan cuba lari daripada mereka, betul tak

Nak tak kami share cara untuk anda selesaikan masalah ini?

PUNCA MASALAH KULIT BERKUPING

Masalah kulit kepala berkuping boleh terjadi apabila minyak pada kulit kepala menghalang sel kulit mati daripada bersalin kulit.

Ada sesetengah kes, krim, minyak rambut dan pelbagai produk penggayaan rambut ‘diganggu’ pada kulit kepala sehingga membentuk kepingan serta menyebabkan kegatalan.

Selain itu, alahan juga menjadi salah satu punca kenapa kulit kepala berkuping. Ini kerana berlaku peningkatan dalam pengeluaran yis pada kulit kepala anda akibat daripada pengambilan beberapa makanan yang tinggi kandungan karbohidrat.

TIPS MUDAH HILANGKAN KULIT KEPALA BERKERUPING

1) Minum air mineral secukupnya.

Apabila anda kurang minum air, anda bukan saja beri kesan kepada kulit kepala malah menjejaskan kesihatan rambut dan kulit kepala.

2) Buang dengan garam sebagai petua membasmi kuman dan luka.

Caranya:

  • Didihkan air untuk membunuh kuman didalamnya.
  • Masukkan tiga sudu teh garam dan kacaukan.
  • Gunakan air suam dan urut selama 5-8 minit
  • Bersihkan rambut menggunakan air bersih dan syampu.

3) Cukupkan Vitamin B.

Bukan saja cari Vitamin B di dalam buah, tapi vitamin ini boleh anda dapat dalam sayuran, telur dan ikan. Ini dapat mengelakkan kulit anda menjadi kering dan berkuping.

Yess!!!  Sekarang dah tahu punca masalah rambut berkuping dan cara untuk selesaikannya. Lepas ni boleh cuba bersama ahli keluarga atau kawan-kawan yang ada masalah sama.

Semoga membantu.