Pengedar Recruitment

BERMODALKAN SEMANGAT & USAHA, RAMAI PENGEDAR SUDAH BERJAYA CAPAI JUALAN ENAM ANGKA

By 24 April 2021No Comments

Sejak didatangi dengan krisis Covid-19 pada tahun lepas, ramai orang mula terjun dalam bidang perniagaan.

Ada yang berjinak-jinak menjadi seorang founder, ada juga yang mula menjadi seorang dropship. Janji, ada pendapatan yang menyelinap masuk ke dalam akaun bank.

Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda masih termangu menunggu wang masuk? Menunggu dengan usaha atau hanya mengharapkan ‘miracle’ terjadi?

Maka, langkah yang terbaik adalah kita cuba dahulu bisnes melalui dropship. Dropship bisnes mana yang terpahat di hati ramai masyarakat? Mestilah, Buddies Faith Fleur. Bukan satu, bukan dua, bukan tiga kebaikan bakal anda rangkul. Tapi, ada 7 kebaikan sekiranya memilih kami. Jom kita baca dulu!

1. Tiada Yuran Dikenakan

Hanya bermodalkan lenggok bahasa anda sendiri dah boleh jana pendapatan puluhan ribu. Bayangkan, anda hanya perlu simpan stok tanpa membayar satu sen yuran pun, tetapi pulangan untung masyuk tidak terkata.

Anda hendak menjual sambil baring pun boleh, income terus masuk beribu ringgit dalam masa sebulan. Yang penting, rajin usaha. Sangat sesuai untuk student/suri rumah yang mahukan duit tepi. Mudah kan? Daftar sekarang dan boleh dapat duit.

2. Produk Mempunyai Personal Branding

Untuk menjadi pengedar Buddies Faith Fleur adalah pilihan yang tepat kerana jenama ini sudah dikenali ramai dan berada di corong radio serta terpampang luas Billboard di merata jalan raya.

Paling menarik, duta produk ini ialah primadona Malaysia siapa tidak kenal Erra Fazira. Bila sebut sahaja produk rawatan rambut, terus terlintas Faith Fleur di fikiran. Jadi, tidak perlu anda bersusah payah kenalkan produk.

Komen sahaja di ruangan komen media sosial Faith Fleur “Mencari syampu rambut yang mampu mengubah dawai kepada sutera area Cyberjaya, DM me now”. Berduyun PM anda.

3. Gerakan Pasukan Yang Teratur

Dalam apa jua pekerjaan yang kita ceburi, tetap ada Key Performance Indicator (KPI) serta misi dan visi yang perlu kita lunaskan dan sejajar mengikut apa kemahuan syarikat.

Untuk mengelakkan anda lari daripada landasan, kami Buddies Faith Fleur akan sentiasa berikan sokongan melalui group khas di Telegram dan FB Eksklusif dari masa ke masa supaya anda tidak berasa keseorangan atau ketinggalan.

4. Dilengkapi Dengan Pelbagai Bahan Pemasaran

Ramai orang takut hendak menjual produk founder lain sebab terikat dengan posting ‘content’ di media sosial. Kena fikir buat ayat apa, posting apa yang menarik perhatian prospek.

Jangan risau, Fairies. Sebab itu wujudnya kami untuk membantu anda. Dari segi bahan pemasaran bermula dari gambar sehingga video, kami sendiri yang akan berikan. Anda tinggal update sahaja di media sosial. Suka tak?

5. Tidak Terjerat Dengan Waktu Bekerja

Percaya atau tidak, bila anda sertai Buddies Faith Fleur automatik anda ada banyak masa. Nak buat assignment, boleh jaga anak di rumah sendiri, boleh buat kerja harian sekiranya anda seorang yang mempunyai kerjaya.

Tahu-tahu, duit dah masuk dalam akaun bank. Punya hebat kalau kita menjadi seorang dropship. Bila-bila sahaja anda free, terus buat aktiviti pemasaran. CUMA! Jangan ambil kesempatan itu.

Dalam dunia bisnes ini, marketing kena konsisten. Kalau hanya mengharapkan pelanggan datang, memang lingkup duit bisnes.

6. Sesi Konsultasi dan Latihan Disediakan

Kita tengok hendak menjadi dropship memang mudah. Tapi bagaimana pula dengan perancangan strategi kita supaya pelanggan datang tanpa henti? Bila prospek datang bertanya tentang produk, betul ke kita berikan info yang tepat?

Tenang. Segala kerisauan anda bakal kami lenyapkan dengan latihan dan kelas secara online bersama tenaga pengajar yang profesional dan mempunyai pengalaman.

Segala persoalan yang anda pendam, terus direct bertanya ketika perjumpaan nanti. Dah makin semangat kan? Semuanya cukup lengkap disediakan. Nak tunggu apa lagi?

7. Mempunyai Sistem Pengurusan Stok Yang Sistematik

Untuk elak daripada kerugian, kami mempunyai sistem pengurusan stok yang bersistematik supaya tiada item anda yang short untuk diberikan kepada pelanggan. Sistem ini boleh digunakan seumur hidup.

Haa lagi satu. Sebut tentang stok, apa kata kita merajinkan diri letak stok dalam kereta atau simpan di beg. Bila ada ‘coffee session’ dengan kawan atau saudara mara, kita boleh buka topik produk. Mereka pun akan terus beli sebab percaya dengan kita.

Tidak percaya dengan apa yang kami beritahu ini? Dah sampai 7 kebaikan kami share dekat anda mengenai program pengedar Buddies Faith Fleur untuk meyakinkan diri anda.

Ada yang sudah teruja? Jom pakat-pakat daftar SEKARANG di >>> www.hidupsenangbersamafaithfleur.com . Sekiranya anda malu hendak join. Bawa sekali rakan-rakan anda supaya sama-sama boleh berjaya.