0
Berita Tekini

BAGAIMANA EMOSI BOLEH MEROSAKKAN RAMBUT?

By Oktober 26, 2018 No Comments
Kalau kita ni dah bertahun-tahun ada masalah rambut yang sama selama bertahun-tahun, tanpa ada penyelesaian, pasti ada sesuatu yang tidak kena disini. Sebab, setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati. Ada yang dah mengalami keguguran rambut dari umur 20an lagi, sampai dah anak 4 pun masih lagi mengalami keguguran rambut yang kronik. Dan masalah rambut ni boleh dialami oleh semua orang, tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda.
Yang lelaki pun sama. Ada yang rambut berminyak, kelemumur, kasar dan kering. Lelaki ni ada satu persamaan dia, kurang perhatian terhadap penjagaan diri!
TIDUR YANG CUKUP

Image result for good sleep

Ada yang tidak menjaga waktu tidur yang betul. Waktu tidur yang betul ini bukanlah sekadar cukup 6-8 jam, tetapi ia bermaksud anda perlu tidur pada waktu yang sepatutnya, 10 atau 11 malam. Kurang tidur pun tak boleh, terlebih tidur juga tak boleh. Optimumkan 6-8 jam sahaja.
Kerana, tidur yang tidak betul boleh mengganggu hormon badan yang boleh memberi kesan kepada rambut anda. Apabila hormon badan tidak dapat berfungsi dengan baik, nutrisi dan vitamin yang perlu disalurkan kepada rambut akan terganggu. Dan merencatkan proses pembaharuan sel kulit baru di kulit kepala.
SAKIT

Image result for illness

Apabila tubuh badan kita berada didalam situasi yang tidak beberapa sihat, tubuh badan memerlukan rehat dan supplement yang banyak untuk kekal bertenaga. Oleh sebab ini lah, jika kita mempunyai kurang vitamin didalam tubuh, rambut akan mendapat sedikit sahaja vitamin.
Hasilnya, kita akan mengalami beberapa masalah rambut seperti rambut nipis, alopecia, rambut kusam dan kering kulit kepala.
STRESS

Image result for stress

Biasa kan stress? Siapa je tak stress? Yang bezakan antara kita ni, sikit atau banyak sahaja. Dan disebabkan emosi anda, rambut yang terkena tempias. Pertama kali dengar tentang kesan stress untuk rambut? Ia sebenarnya bukan stress je, semua emosi negatif secara tidak langsung, boleh membawa kemuradatan pada rambut. Kemurungan, kesedihan, trauma. Perasan tak, kalau kita gementar atau tengah berserabut, kita akan menggaru kepala?
Itu adalah sistem imunisasi anda yang menghantar “signal” ke kepala anda, kerana badan berada dalam situasi tertekan lalu hormon dirembeskan untuk menurunkan kadar kegelisahan kita. Hormon inilah yang tidak bagus untuk rambut. Hormon ini mampu merosakkan folikel rambut anda dan menyebabkan keguguran rambut. Dan keguguran rambut yang kronik boleh menjurus kearah botak!
Haa jangan main-main. Jadi, pointnya dekat sini, kurangkan stress, sihatkan rambut secara semulajadi. Kalau kita tengok orang-orang yang kurang stress ni, boleh nampak cantik rambut dia. Lebat, bersinar, cantik.

 


Image result for happy
Seorang pakar rambut dari Amerika Syarikat, Dr Shelly Friedman berkata emosi adalah faktor terbesar  dalam menentukan kesihatan rambut wanita. Apabila seorang wanita keguguran rambut atau mengalami penipisan rambut, Dr Shelly percaya wanita tersebut akan hilang tarikan diri. Dan juga lelaki, masalah seperti uban dan botak akan menghilangkan kejantanan dan karisma seorang lelaki.
Jadi, jaga emosi masing-masing ok?

Leave a Reply

X