0
Berita Tekini

5 MANFAAT HAIR TONIC UNTUK RAMBUT ANDA

Related image

Folikel Rambut

MELEMBAPKAN FOLIKEL RAMBUT
Salah satu manfaat menarik yang ada pada hair tonic ialah kemampuannya untuk melembapkan rambut. Kebanyakkan hair tonic diperbuat daripada minyak semulajadi untuk membantu melembapkan dan melicinkan rambut. Minyak semulajadi berfungsi sebagai pelindung kepada folikel rambut untuk memberikan rambut kesan tebal pada rambut. Dan hair tonic juga boleh digunakan setiap hari.
MENGURANGKAN RAMBUT BERCABANG
Hair tonic bertindak sebagai pelembap folikel rambut untuk memudahkan rambut mengekalkan minyak semulajadinya. Jika minyak pada rambut dikekalkan, rambut akan menjadi lebih kuat dan tidak mudah gugur. Dan masalah rambut bercabang juga boleh diselesaikan kerana rambut tidak akan mudah pecah. Hair tonic yang baik mampu mengelakkan banyak masalah rambut tanpa mengeluarkan kos yang banyak.
Image may contain: one or more people

Masalah rambut bercabang

MELINDUNGI KULIT KEPALA
Antara fungsi terbaik hair tonic adalah ianya mampu melindungi kulit kepala anda. Jika anda mengalami beberapa masalah berkaitan kulit kepala seperti kering dan gatal, gunakan hair tonic untuk merawat masalah tersebut dengan mudah. Hanya beberapa titis hair tonic sehari dan sapukan ke kulit kepala. Urut perlahan sehingga rata.
MENGURANGKAN KELEMUMUR
Seperti yang dikatakan di atas tadi, hair tonic berfungsi sebagai pelindung kepada folikel rambut anda. Jadi, tidak mustahil masalah berkaitan rambut dan kulit kepala anda boleh dirawat. Termasuklah masalah kelemumur.
Image may contain: one or more people, beard and text

Keguguran rambut

MEMBERIKAN GAYA PADA RAMBUT
Anda juga boleh menggunakan hair tonic untuk menggayakan rambut anda. Lebih-lebih lagi jika anda mahukan rambut tampak tebal dan berkualiti yang tidak mengeringkan rambut anda. Caranya mudah sahaja. Pertama basuh dan keringkan rambut anda menggunakan pengering rambut. Pengering rambut akan membuka lubang pori kulit kepala anda.
Kemudian, lumurkan hair tonic dan biarkan seketika untuk biarkan meresap kedalam rambut. Urut lembut kulit kepala anda. Kemudian, gayakan rambut mengikut citarasa anda. Tetapi ingat, jika terlalu banyak hair tonic, rambut anda akan kelihatan berminyak

Leave a Reply

X