0
Berita Tekini

KENALI KELEMUMUR DAN JENIS-JENISNYA

Kelemumur bermula perlahan. Mula-mula, anda akan rasa kurang keyakinan untuk memakai baju hitam. Kemudian, anda mula berasa malu kerana kelemumur berada dimana sahaja. Di ikatan rambut, di bantal tidur, di atas meja solek.
Cuba tanya kepada orang ramai, apa masalah rambut yang mereka majoriti hadapi? Pasti jawapannya adalah kelemumur. Masalah yang dihadapi oleh 8 dari 10 orang. Dan biasanya, kelemumur datang bersama pakej kegatalan kulit kepala.
Berikut adalah jenis-jenis kelemumur yang anda perlu tahu sebelum rawatan
  1. BERPUNCA DARI KULIT KEPALA KERING
    Different Types Of Dandruff - Dry Skin-Related Dandruff
    Kelemumur sering dikaitkan dengan kulit kepala yang kering. Tidak cukup kelembapan. Dan ianya betul. Lebih-lebih lagi jika anda memiliki rambut kerinting. Kulit kepala mereka lebih kering dari jenis rambut lain. Penggunaan shampoo yang mengandungi SLS untuk menghasilkan buih yang banyak juga adalah faktor kepada keringnya kulit kepala anda.
    Simptom: Kulit kepala terasa tegang. Kelemumur berbentuk bulat, kecil dan putih.
  2. BERPUNCA DARI KULIT BERMINYAK
    Different Types Of Dandruff - Oily Scalp-Related Dandruff
    Sebum, atau minyak pada rambut pada asalnya berfungsi sebagai pelembap pada rambut dan kulit kepala. Tetapi kadang kala, sebum ini dihasilkan berlebihan, sehingga menyebabkan kulit kepala berminyak. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor akil baligh, beranak, stress atau rutin shampoo yang tidak betul. Apabila sebum ini bercampur dengan kotoran dan sel kulit mati, ianya menjadi kelemumur.
    Simptom: Kelemumur bersaiz besar dan berwarna kuning, serta sedikit berminyak
  3. BERPUNCA DARI BAKTERIA
    Different Types Of Dandruff And How To Stop Them
    Bakteria yang menyebabkan kelemumur pada kulit kepala dinamakan Malassezia Globosa. Bakteria ini membiak dengan sangat cepat jika kulit kepala anda berminyak dan pH yang tidak seimbang. Dan yang lebih menakutkan, bakteria ini cepat tersebar dan berjangkit melalui perkongsian sikat, tuala, tudung atau topi.
    Simptom: Putih kekuningan, serta kegatalan kulit kepala.
  4. BERPUNCA DARI PENYAKIT
    Different Types Of Dandruff - Dandruff Caused By Seborrheic Dermatitis
    Antara penyakit yang biasa dikaitkan dengan kelemumur, adalah Seborrheic Dermatitis. Penyakit ini biasanya berlaku pada kawasan yang mempunyai kelenjar sebum yang tinggi seperti kulit kepala, leher, belakang telinga dan kening. Seborrheic Dermatitis akan bertindakbalas dengan kuman dan bakteria yang terdapat pada kulit.

    Simptom: Kelemumur berwarna putih kekuningan, berminyak dan gatal-gatal kulit kepala.

    Different Types Of Dandruff - Dandruff Caused By Psoriasis

    Satu lagi penyakit yang berkaitan dengan kelemumur, adalah Psoriasis. Penyakit ini berlaku apabila sistem imunisasi badan menyerang sel tisu sihat. Apabila ini berlaku, proses penghasilan sel baharu akan lebih cepat berbanding biasa lalu menyebabkan sel kulit mati bertambah banyak. Anda akan mendapati kawasan yang terlibat berkuping, di leher dan di kulit kepala.

    Simptom: Kuping berwarna kelabu kekuningan dan kelemumur yang sangat tebal

Foto Faith Fleur HQ.
Rawatlah kelemumur anda sebelum terlambat. Dapatkan Shampoo dan Conditioner dari Faith Fleur yang mampu merawat masalah kelemumur anda. Proven result!

One Comment

Leave a Reply

X