0
Berita Tekini

8 KESILAPAN BIASA KETIKA MENCUCI RAMBUT

Berdasarkan pengetahuan anda, membasuh rambut tidak lah sesukar mana, tidak perlukan tutorial, kerana dari kecil kita sudah diajar untuk bershampoo. Dan benar, secara teorinya. Tetapi sebenarnya ianya lebih dari sekadar membasuh, membilas, merapi dan melembapkan rambut. Jika anda mencuci dengan cara yang salah, rambut anda akan berminyak, bercabang dan kelihatan tidak bermaya.
Sebenarnya senang sahaja. Hanya tukar beberapa rutin anda ok?
  • TIDAK MEMBASAHKAN RAMBUT SEPENUHNYA
Situasi ini selalu terjadi kepada golongan yang memiliki rambut tebal dan panjang. Jika anda tergesa-gesa, rambut tidak dapat dibasahkan sepenuhnya. Air perlu sampai ke seluruh permukaan rambut termasuk kulit kepala. Jika tidak, shampoo tidak dapat berbuih sepenuhnya dan anda tidak dapat mencuci dengan baik dengan air.

Image result for washing hair with hot water

  • AIR TERLALU PANAS
Benar, tiada yang dapat menandingi sensasi apabila anda mencuci rambut dengan air hangat. Bagaikan suatu terapi. Tetapi, tahukah anda air yang terlalu panas akan membuka urat rambut lalu membiarkan protein keratin yang melembapkan rambut hilang bersama air panas. Disebabkan ini, rambut akan mudah gugur kerana kehilangan sokongan yang kuat pada kulit kepala. Juga rambut akan lebih terdorong untuk mengerbang.
  • MENCUCI KEPALA SEPERTI ORANG GILA
Antara faktor rambut anda kerap gugur walaupun guna pelbagai jenis produk, ialah tabiat anda menggaru kepala dengan terlalu kasar ketika bershampoo. Kulit kepala adalah sensitif dan rambut juga mudah gugur ketika basah. Anda perlu mengurut kulit kepala seperti rawatan saloon: gunakan hujung jari dan elakkan kuku terus ke kulit kepala.

Image may contain: 1 person, smiling

  • TIDAK MENGGUNAKAN CONDITIONER
Conditioner ada satu mitos menyebabkan ramai yang tidak menggunakan conditioner selepas bershampoo iaitu conditioner mematikan semua minyak semulajadi di rambut. Sebenarnya, anda tidak salah. Itu terjadi jika anda meletakkan conditioner terus ke akar rambut. Bila anda bershampoo, akar rambut anda akan kehilangan minyak semulajadinya dan perlahan-lahan akan menghasilkannya semula. Penghasilan minyak baru ini tidak terus sampai ke hujung rambut.
Sebab itu, jika anda tidak menggunakan conditioner, rambut akan cepat kering dan rosak. Dan jika anda menggunakan conditioner, hanya gunakan di hujung rambut anda sahaja.
  • MENGGUNAKAN PRODUK YANG MENGANDUNGI BAHAN KIMIA BERBAHAYA
Antara bahan kimia utama yang terkandung dalam shampoo ialah sulfate atau nama saintifiknya SLS. Bahan ini memberikan buih kepada shampoo anda. SLS terbukti mampu menanggalkan minyak di rambut secara total yang mendorong kepada keguguran rambut. Dan shampoo Faith Fleur adalah antara shampoo yang tidak mengandungi SLS, Paraben dan bebas sabun.

Image result for sls paraben

  • TIDAK MEMBILAS RAMBUT DENGAN BETUL
Sebenarnya, anda perlu meluangkan masa sekurang-kurangnya 2-3 minit untuk membilas rambut anda dari shampoo sebelum menggunakan conditioner. Ramai yang meletakkan shampoo terlalu banyak di kepala (dengan logik semakin banyak semakin berkesan) tetapi gagal membilas dengan betul. Jika masih ada sisa shampoo di kepala sehingga cucian seterusnya, liang folikel rambut anda akan tersumbat.
Ini dapat menyebabkan rambut menjadi gatal dan rosak kerana rambut mempunyai sisa shampoo yang kering.
  • MENGGUNAKAN SHAMPOO 2-in-1 DENGAN CONDITIONER
Ramai diantara kita yang cepat terpengaruh dengan produk dwifungsi ini. Atau 2 dalam 1. Nak jimat la katakan!
Banyak shampoo yang berfungsi sekali sebagai conditioner ini menawarkan beberapa fungsi yang menggiurkan dalam satu harga. Menyinarkan, menyihatkan, melembapkan dan melebatkan rambut anda. Tetapi tahukah anda shampoo 2-in-1 adalah tidak bagus? Dua tugas berlainan tidak boleh berada dalam satu botol. Shampoo berfungsi sebagai pencuci rambut dan conditioner sebagai pelembap perapi rambut.
Kebanyakan shampoo 2 dalam 1 ini akan meninggalkan lapisan filem silikon di rambut yang boleh merosakkan rambut untuk jangkamasa panjang. Masalah keguguran rambut juga boleh jadi kronik kerana folikel rambut tersumbat dari sisa silikon tersebut. Ingat, shampoo untuk mencuci dan mencuci sahaja. Untuk melembap dan merapikan rambut, gunakan conditioner.

Related image

  • MANDI KETIKA RAMBUT KUSUT¬†
Selalu kan kita bila rasa mandi, terus mandi je kan? Kalau lepas buka tudung rambut masih melepek tu terus dikenakan air. Lepas bangun tidur terus mandi dengan rambut kusut tu. Selalu kan?
Cuba lepas ni sebelum mandi dan bershampoo tu, anda sikat rambut terlebih dahulu. Leraikan kekusutan. Biarkan rambut bebas bergerak sebelum dibasahkan dengan air. Ini dapat mengelakkan rambut menjadi bergumpal dan cucian tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Dan juga elakkan menyikat rambut dengan jari ketika basah. Sebab tu banyak gugur!
Bila cucian dapat dilakukan dengan betul dan sempurna, minyak dan kotoran di rambut dapat dibuang sepenuhnya tanpa tersangkut di pertengahan rambut.

Leave a Reply

X