0
Berita Terkini

ORIGINAL VS. TIRUAN?

By 2 Julai 2020 Ogos 20th, 2020 No Comments

Produk asli keluaran Faith Fleur dengan wajah baru.

Produk penjagaan rambut yang semakin mendapat perhatian ramai dalam kalangan warga tempatan mahupun luar negara, Faith Fleur semakin mengorak langkah ke hadapan dalam sektor penjagaan diri. Industri yang diceburi sejak tiga tahun lepas oleh syarikat CTYMARY Resources Sdn Bhd sebagai pengeluar jenama Faith Fleur ini sudah memiliki hampir 5,000 pengedar di seluruh negara termasuk di Singapura dan Brunei.

Set rangkaian penjagaan rambut yang terdiri daripada Shampoo, Conditioner, Tonic, Serum dan Hair Mist ini bagaimanapun telah diduga dengan kewujudan produk Faith Fleur tiruan seperti yang dilaporkan dalam beberapa akhbar tempatan berikutan penangkapan individu yang tidak bertanggungjawab menjual produk tiruan Faith Fleur kepada orang ramai dengan harga yang tinggi. Ia melebihi tetapan harga yang dibuat oleh pengeluar sebenar produk. Pemilik dan pengasas, Siti Mariam Abdul Samad dan suami selaku pengasas bersama, Muhamad Abdul Halim Bahadorisam, bagaimanapun tetap tenang dan menyerahkan kes tersebut kepada pihak berkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Produk tiruan yang dirampas oleh KPDNHEP.

Individu wanita berusia 24 tahun yang berjaya ditahan di premisnya pada jam 10.30 pagi pada 1 Julai lalu dalam operasi yang dijalankan oleh KPDNHEP di Wakaf Tengah, Kuala Nerus, Terengganu itu telah pun direman. Jika disabit kesalahan, boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 bagi setiap barangan dan penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Dalam serbuan tersebut, pihak KPDNHEP telah merampas pelbagai jenis produk penjagaan diri berjenama Faith Fleur yang dianggarkan bernilai RM845 dan siasatan lebih lanjut akan dijalankan di bawah Akta Cap Dagang 2019.

Perbezaan produk asli dan produk tiruan.

Namun begitu, hal ini telah membuka mata semua pihak terutamanya para pengguna, apakah berbaloi dan memberi kepuasan yang setimpal kepada mereka dengan menyokong produk tiruan? Sedangkan harga yang ditawarkan jauh lebih tinggi bagi sesetengah produk atau barangan disamping kandungan bahan yang tidak diketahui jaminan keselamatannya. Secara dasarnya, mutu dan kualiti produk tiruan sudah pasti tidak menyamai ‘standard’ seperti produk asli. Justeru, pengguna berkemungkinan besar akan mengalami masalah yang lebih teruk akibat daripada penggunaan produk tiruan. Hal ini bukan sahaja memudaratkan kesihatan malah merugikan pengguna yang terpaksa berbelanja mahal demi sesebuah produk tiruan itu. Hal ini tidak mengambil kira kos yang bakal ditanggung mereka untuk jangka masa panjang.

Perbezaan produk asli dan produk tiruan.

Berdasarkan hasil penyelidikan, bahan-bahan yang digunakan dalam produk asli Faith Fleur telah mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan tidak menggunakan sebarang bahan kimia seperti Paraben, SLS & Soap.  Malahan produk ini juga ‘halal dan mesra wuduk’.

Duta Produk Faith Fleur

Selain itu, produk ini dapat menghapuskan kutu, melembutkan rambut, membaiki rambut rosak, bebas kimia berbahaya, rambut mudah diuruskan, menghilangkan kelemumur, bebas dari bau kepam atau busuk, mengurangkan rambut gugur, menghitamkan uban pramatang serta membekalkan nutrient pada rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut.

Rujukan:

  1. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/07/595747/wanita-bermalam-di-pejabat-kpdnhep
  2. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kpdnhep-tahan-wanita-jual-produk-tiruan-dengan-harga-tinggi-249468