Tips Penjagaan Rambut

PANASARAN ‘SHAMPOO FOR MEN’

By 12 Julai 2021No Comments

Sudah hampir sebulan sejak Shampoo For Men Faith Fleur dilancarkan dan permintaan terus-menerus meningkat sehingga pihak kami terpaksa menyalurkan permintaan di ibu pejabat (HQ) ke pengedar-pengedar. Alhamdulillah.

20 Jun 2021, Majlis Pelancaran Shampoo For Men Faith Fleur dilakukan. Walaupun terhad dengan pergerakan memandangkan Covid-19 masih lagi belum dibasmi sepenuhnya dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berjalan, namun, itu bukan penghalang untuk satu lagi produk Faith Fleur diperkenalkan kepada umum. Produk ini juga dilancarkan bersempena dengan Hari Bapa.

Apakah keistimewaan Shampoo For Men Faith Fleur?

 

Arang. Bukan arang yang biasa tapi serbuk arang premium yang banyak digunakan dalam jenama-jenama set penjagaan rambut antarabangsa. Arang jenis ini mampu memberikan sebanyak mungkin kelebihan yang boleh dimanfaatkan oleh rambut anda.

  1. Meningkatkan kualiti rambut dan kulit kepala.

Ramai antara #lelakibuaya yang kurang mementingkan penjagaan rambut sehingga menyebabkan rambut menjadi kering dan tidak berkualiti. Dengan bantuan bahan berkualiti terpilih, rambut anda yang bermasalah boleh kembali hitam dan lembut.

  1. Mengurangkan kelemumur.

#lelakibuaya pasti tidak terlepas dengan masalah rambut berkelemumur kan? Tambah kalua waktu itu tengah mencuba menggida seorang gadis namun ditolak akibat kelemumur yang banyak, alahai kesiannya. Arang bertindak sebagai ‘detox’ ynag dapat membersihkan kulit kepala daripada kelemumur dengan efektif.

  1. Menambahkan ‘volume’ rambut

Dengan kekuatan arang yang boleh menyingkirkan kotoran pada rambut dan kulit kepala, rambut anda akan menjadi lebih ringan dan sangat lembut. Perkara ini bukan saja nampak kemas tetapi memberikan visual seolah-olah anda memiliki rambut yang tebal.

  1. Bebas Paraben dan SLES

Tahukah anda bahaya paraben dan SLES? Kami di Faith Fleur kerap kali mengingatkan anda untuk mencari produk penjagaan diri sama ada skincare, bodycare atau haircare yang menggunakan bahan-bahan tanpa paraben dan SLES. Kesan kedua-dua bahan ini adalah menggagu fungsi dan hormone tubuh untuk jangka masa Panjang.

  1. Membantu pertumbuhan rambut.

Kulit kepala dan rambut anda sudah terbiasa menyerap kotoran dan minyak dari kawasan sekeliling. Jadi, tidak pelik jika rambut anda memiliki kualiti yang rendah . Dengan bantuan arang yang telah membersihkan kotoran pada rambut dan kulit kepala, rambut adna kini lebih bebas bernafas dan mampu untuk tumbuh dengan lebih sihat.

Tak sangka banyak juga kelebihan arang untuk rambut manusia. Salah satu punca jenama antarabangsa memilih bahan ini sebagai bahan utama dalam membantu mengurangkan masalah rambut lelaki terutamanya rambut berminyak dan kelemumur. Seronok #lelakibuaya sekarang untuk tampil bergaya dan lebih yakin.