0
Berita Terkini

PENDAFTARAN PERCUMA DIBUKA SEMULA

By 18 Ogos 2020 Ogos 20th, 2020 No Comments

“Mula-mula kata dibuka untuk sehari, tapi hari ini dibuka semula untuk semua, jadi yang mana satu ni? Faith Fleur main-main hati dan perasaan kami ke?”

Mestilah tidak. Anda mesti antara individu yang keliru dengan kempen atau promo yang ibu pejabat Faith Fleur buat kan. Atas beberapa faktor, kami Faith Fleur HQ membuka semula pendaftaran percuma ni. Nak tahu ke apa sebabnya?

 

APA ITU 15/8 CRAZY DEAL?

Mula-mula kita berkenalan dulu dengan kempen 15/8 ni. Kempen 15/8 CRAZY DEAL pada mulanya diadakan untuk sehari sahaja, bermaksud anda boleh mendaftarkan diri sebagai Executive Partner (EP) dibawah HQ dalam tempoh 24 jam.

Pendaftaran percuma ini terbuka untuk semua di seluruh Malaysia tanpa mengira latar belakang, bekerja atau tidak, surirumah, student atau mereka yang nak memulakan bisnes.

Tapi, sekarang kami lanjutkan tempoh Crazy Deal ini sehingga 20 Ogos dan setakat itu sahaja masa yang kami boleh panjangkan.

 

KENAPA KEMPEN 15/8 CRAZY DEAL DITERUSKAN?

Sama seperti diwar-warkan yang kempen ini hanya berlaku untuk sehari dalam tempoh 24 jam. Namun, disebabkan permintaan terlalu tinggi untuk menyertai pendaftaran percuma ini, pihak HQ lanjutkan masa kempen atau promo untuk memberi peluang kepada anda.

Kami tahu, ramai rakyat Malaysia yang hilang pekerjaan dan masih mencari ruang perniagaan sama ada untuk tambah pendapatan atau memulakan empayar bisnes tersendiri.

Anda juga mungkin individu yang sudah penat bekerja dan ingin merasai cabaran berniaga pula. Inilah masanya!

Jadi, anda sepatutnya gunakan peluang ini sebaik mungkin untuk berniaga dan ajak lebih ramai orang sama ada kawan-kawan atau saudara-mara untuk menyertai Crazy Deal Pendaftaran Secara Percuma ini.

ADA KELEBIHAN KE JOIN PENDAFTARAN PERCUMA?

Mestilah ada. Antara kelebihan berdaftar bersama Faith Fleur termasuklah anda akan dibimbing sehingga berjaya oleh founder Faith Fleur sendiri, Puan Siti Mariam Samad dalam kumpulan sokongan Facebook dan WhatsApp.

Selain itu, anda akan dibekalkan dengan bahan marketing dalam bentuk video dan gambar untuk posting ke media sosial. Tinggal nak post sahaja tau. Tak perlu edit sendiri sebab designer kami lakukan untuk anda.

Ada lagi.. Kami juga sediakan 6 channel Telegram khas untuk anda yang mendaftar secara percuma hari ini. Cara jawab soalan pelanggan, copywriting, bahan marketing dan banyak lagi group lain, dan semuanya anda dapat secara PERCUMA!

Yang penting, kami akan berikan anda ebook Facebook Marketing yang kalau anda beli di luar harganya mampu mencecah ratusan ringgit.

 

MACAM MANA NAK MENDAFTAR?

Sangat mudah dan ringkas. Anda hanya perlu ke Facebook Faith Fleur HQ dan klik link Join Pendaftaran Percuma. Ini adalah cara untuk anda berdaftar di bawah HQ, tapi…

Seandainya leader anda seorang Senior Partner (SP) atau Associate Executive Partners (AEP), anda boleh juga berdaftar di bawah mereka.

Namun, andai kata leader anda adalah seorang EP, anda perlulah berdaftar menjadi EP dibawah HQ sebab syarat pendaftaran percuma tidak boleh didaftarkan dibawah level (Peringkat) yang sama. Jelas?

KATA ADA 2 PROMO APA DIA?

Haa betul tu. Pihak Faith Fluer melancarkan dua promo sekaligus iaitu 15/8 Crazy Deal yang akan berlangsung sehingga 20 Ogos 2020 dan Merdeka Sales yang akan berlangsung sehingga 31 Ogos 2020.

15/8 Crazy Deal hanya tertumpu kepada pendaftaran percuma EP manakala Merdeka Sales anda boleh dapatkan produk-produk Faith Fleur dengan harga yang lebih murah dan sangat berpautan.

Cara nak membeli, anda boleh direct kepada stokis dan agent kami yang sah berdekatan anda. jangan risau, kami mempunyai stokis dan agent di seluruh Malaysia.

Jadi, tunggu apa lagi? Rebut peluang menjadi salah seorang usahawan produk penjagaan rambut paling laris di Malaysia, Faith Fleur dan mula membina empayar perniagaan anda bersama kami. Jangan lupa! Bless your hair with Faith Fleur ok.