0
Berita Tekini

10 JENIS PRODUK RAMBUT YANG WAJIB WANITA MILIKI

Faith Fleur Shampoo

1. HAIR SHAMPOO
Ini produk paling asas untuk rambut anda. Bertindak sebagai pencuci rambut anda dari segala minyak dan kotoran. Setiap shampoo juga berlainan untuk memastikan setiap masalah berbeza boleh dirawat dengan betul. Jika anda ada masalah kelemumur, gunalah shampoo anti dandruff. Jika anda ada masalah keguguran rambut, gunalah shampoo hairfall control. Dan jika anda ada masalah kulit kepala kering, gunakan shampoo dry scalp. Dan begitulah seterusnya.
Shampoo harus dipadankan sekali dengan produk seterusnya, iaitu conditioner. Atau perapi rambut. Jika tidak, rambut anda akan terdedah kepada kerosakan kerana rambut menjadi kering tanpa vitamin pelembap yang secukupnya

Faith Fleur Conditioner

2. HAIR CONDITIONER
Conditioner atau perapi rambut adalah pasangan kepada shampoo. Anda tidak boleh menggunakan shampoo tanpa conditioner, dan tidak boleh menggunakan conditioner tanpa shampoo. Conditioner bertindak sebagai perapi untuk rambut bagi mengelakkan rambut menjadi kusut dan sukar untuk disikat.
Conditioner juga boleh melurus dan melembutkan rambut bergantung kepada jenama conditioner tersebut. Conditioner tidak sama dengan shampoo, ianya sedikit berminyak dan tidak berbuih seperti shampoo.
Image result for hair serum

Moha Herbal Hair Serum

3. HAIR SERUM
Atau pati minyak untuk rambut ini mempunyai beberapa fungsi untuk rambut anda. Serum boleh melembutkan rambut yang kasar, merapikan rambut yang kusut, mewangikan rambut yang berbau, mengelakkan kutu pada rambut, melembapkan kulit kepala yang kering dan membuatkan rambut nampak sihat dan berkilat.
Rata-rata hair serum mengandungi bahan asas yang sama, iaitu olive oil (minyak zaitun) dan vitamin E yang baik untuk rambut. Dan juga harganya yang berpatutan untuk dimiliki, menjadikan hair serum adalah pilihan utama wanita untuk mendandan dan menjaga rambut.
Image result for hair mist

Hair Mist COCO by Chanel

4. HAIR MIST
Atau perfume untuk rambut anda. Anda mesti mahukan wangian shampoo tahan lebih lama kan? Kalau boleh nak seharian bau shampoo tu walaupun dibawah cuaca terik. Ok, memperkenalkan Hair Mist. Dirumus khas untuk memberikan wangian bak perfume untuk rambut anda. Kalis cuaca dan tidak memberikan kesan sampingan untuk rambut.
Jika anda tidak menggunakan shampoo dan rambut anda hanya bau biasa-biasa sahaja semasa situasi penting, hair mist boleh bertindak sebagai wangian kecemasan untuk rambut anda. Hanya spray di rambut anda, and you are good to go.
Image result for hair tonic

Makarizo Hair Tonic

5. HAIR TONIC
Bertindak sebagai “ubat” untuk rambut anda. Sangat sesuai jika anda mengalami masalah keguguran rambut yang teruk sehingga menuju kearah botak. Biasanya digunakan untuk melebatkan rambut yang jarang dan menebalkan rambut yang nipis.
Hair tonic memberikan vitamin tambahan untuk rambut anda, bertindak sebagai perawat rambut yang rosak dan bermasalah. Golongan yang mengalami rambut kering juga menggunakan hair tonic untuk membuatkan rambut kelihatan sihat dan bersinar.
Image result for hair mousse

Aussie Instant Freeze Hair Mousse

6. HAIR MOUSSE
Mousse berasal daripada perkataan Perancis, yang bermaksud buih. Hair Mousse berbeza dari produk rambut yang lain, kerana ianya adalah buih untuk rambut anda. Sesuai digunakan untuk semua jenis rambut tetapi penggunaannya berbeza.
Jika rambut anda adalah jenis kerinting, hair mousse akan bertindak sebagai stylist rambut anda. Hanya sedikit sudah cukup untuk mendandan rambut keriting. Untuk rambut kering pula, anda boleh gunakan hair mousse untuk merawat rambut anda. Seeloknya elakkan dari menggunakan pengering rambut.
Untuk rambut nipis pula, hair mousse boleh membuatkan rambut anda nampak tebal dan sihat. Thickening agent didalam hair mousse akan membuatkan rambut anda nampak bersinar.
Image result for heat protectant spray

Tresemme Heat Protect Spray

7. HEAT PROTECTANT SPRAY
Jika anda merupakan pengguna tegar (hairdryer) pengering rambut dan (hair straightener) pelurus rambut, heat protectant spray adalah item yang wajib anda miliki. Heat protectant spray atau spray pelindung haba akan melindungi rambut anda dari menjadi rosak dan kering kerana menggunakan hairdryer.
Heat protectant spray berfungsi mengekalkan kelembapan rambut walaupun menggunakan pemanas rambut berkali-kali. Spray ini tidak akan meninggalkan kesan pada rambut.
Image result for hair spray

Aqua Net All Weather Hair Spray

8. HAIR SPRAY
Hair spray adalah produk terakhir yang perlu digunakan sekiranya anda selesai mendandan rambut. Hair spray akan mengekalkan tekstur dan keadaan rambut anda supaya tidak berubah dibawah cuaca terik, mahupun angin yang kuat. Hair Spray bertindak sebagai pelindung fesyen dan gaya anda seharian.
Jika tidak, rambut pagi anda lain, rambut petang anda lain, rambut malam anda lain pula. Hanya spray rambut anda di penghujung dandanan, and you are good to go.
Related image

Loreal Hair Creme

9. STYLING CREAM
Atau krim dandanan. Berfungsi seperti namanya, untuk membantu anda mendandan dan menggayakan rambut mengikut citarasa anda sendiri. Styling cream juga wujud untuk lelaki dan perempuan. Tanpa styling cream, amat sukar untuk anda menggayakan dan menguruskan rambut.
Styling cream hadir dalam pelbagai bentuk dan fungsi, masing-masing berbeza mengikut jenis rambut anda. Tanpa styling cream, rambut anda akan mudah kusut, kering dan kembang mengerbang.
Related image

RAWSUGAR Hair Masque

10. HAIR MASK
Bukan muka sahaja ada masker tau, rambut juga ada. Hair mask mampu menghidrat rambut yang kusam tidak bermaya dan merawat beberapa masalah rambut yang kronik. Hair mask hadir dengan beberapa jenis bergantung pada jenis rambut anda.
Proses menggunakan hair mask ini adalah satu proses yang melecehkan. Sebab itu wanita lebih suka pergi ke salun untuk mendapatkan rawatan hair mask. Jika buat sendiri di rumah, berkemungkinan tinggi ada bahagian rambut tidak dapat dicapai dan baju juga menjadi kotor kerana hair mask.

One Comment

  • germany lube berkata:

    I loved tһis post! Ӏ read your log faiгly often and you are always coming out with some great stuff.
    I will shares this on my facebook, instagram аnd some of mу loyalty
    followers. Grеat jobs! Keep work it with it.

Leave a Reply

X