0
Tips Penjagaan Rambut

90% WANITA AKAN MERASAI PERKARA INI SELEPAS MENGANDUNG

By 27 Ogos 2020 September 7th, 2020 No Comments

FASA mengandung adalah peringkat yang ditunggu-tunggu setiap ibu terutamanya yang baru mendirikan rumahtangga. Tapi sedarkah anda, perubahan paling besar yang bakal berlaku kepada diri dalam tempoh mengandung sehingga melahirkan selain anak yang dikandung? Sesetengah ibu mungkin menganggap perkara ini biasa, tapi, makin lama perkara ini makin teruk!

“Saya tak pernah sedar yang rambut gugur makin menjadi-jadi. Itu pun lepas suami tegur rambut banyak dekat bilik air beberapa minggu lepas bersalin. Terkejut juga sebab tak pernah lagi jadi macam ni.”

“Saya perasan waktu saya mengandungkan anak kedua. Sikat rambut tak sah kalau tak ada rambut yang melekat. Bergumpal-gumpal. Nasib baik bila minta suami tengokkan kepala, tak ada bahagian yang botak”

KENAPA MASALAH INI BOLEH TERJADI?!

Ibu mengandung antara paling ramai menjadi ‘mangsa’ rambut gugur atas banyak faktor dan perkara ini dianggap normal yang boleh berpanjangan sehingga ke beberapa bulan. Ada sesetengah kes, kepala di ibu menjadi ‘tobek’ atau botak kecil yang boleh menjatuhkan keyakinan diri si ibu.

Antara faktor yang menyebabkan keguguran rambut semasa mengandung:

1. Hormon yang tidak stabil.
Masalah rambut gugur boleh berlaku kepada si ibu yang terjadi disebabkan hormon progesteron yang tinggi dalam tempoh mengandung. Ini boleh menyebabkan rambut menjadi kering dan hilang kelembapan, seterusnya keguguran. Rambut si ibu yang kering tadi lebih mudah terjadinya rambut bercabang di hujung dan mudah rapuh.

2. Tekanan.
Fasa kelahiran anak adalah perubahan yang besar bagi seseorang ibu, yang mana si ibu lebih terdedah dengan rasa tertekan, kekurangan tidur, kebimbangan yang tinggi dan banyak lagi pengaruh lain. Ini akan menyebabkan kesihatan kulit dan rambut si ibu semakin merosot. Itu yang selalu sangat nampak rambut berderet-deret di lantai rumah.

3. Kurang Vitamin.
Ibu mana yang tidak seronok dapat merasai kehamilan. Dapat mendengar denyutan anak, membelai dan menjaga anak sebaiknya. Namun, zat-zat dalam badan si ibu semakin berkurang. Ini dipengaruhi oleh janin yang menyerap semua nutrien yang diperlukan untuk membesar. Bila nutrien si ibu kurang dalam badan, maka makin teruklah rambut gugur yang si ibu hadapi.
Tapi ibu-ibu gojes, sampai bila anda nak biarkan isu ini terjadi kan?

RAHSIA RAMBUT SIHAT

Kebanyakan daripada ibu-ibu gojes ni lebih selesa membiarkan rambut gugur terus terjadi, sehingga pada masa paling lewat, baru si ibu nak cari jalan penyelesaian. Sebenarnya tak susah pun untuk si ibu menjaga rambut dalam masa sama masih berhati-hati dengan teknik yang betul. ‘Check your facts’ dulu tau!

NAK kembalikan rambut yang sihat dan menawan?!

1. Elakkan buat rawatan rambut sama ada mewarna, mengeriting ataupun meluruskan rambut. Sudah lah nutrien badan tak cukup, rambut ibu-ibu dah sedia ada kering, dipanaskan pula dengan pengeriting rambut, berjurai-jurai lah rambut tu gugur.

2. Rajin gunakan pelembap rambut atau hair conditioner bagi mengurangkan rambut gugur semasa anda menguraikan rambut. Tapi, berhati-hati dalam pemilihan syampu dan perapi rambut tau. Elakkan bahan kimia dan pilihlah syampu yang mengandungi biotin dan silika.

3. Jauhi ‘style’ rambut ponytail atau ikat rambut yang ketat menggunakan getah rambut sebab getah rambut boleh menarik dan menegangkan akar rambut sekaligus menyebabkan rambut gugur.

4. Amalkan gaya hidup sihat dengan banyakkan makan buah-buahan dan sayur- sayuran yang mengandungi ‘flavonoids’ dan anti oksidan bagi melindungi folikel serta menggalakkan pertumbuhan rambut sihat.

5. Amalkan suplimen atau makanan yang tinggi vitamin B kompleks, biotin, vitamin C, vitamin E dan zink.

Haa.. ibu-ibu gojes dah tahu rahsia memiliki rambut yang sihat walaupun mengandung kan? Lepas ni boleh cuba buat dirumah dan minta bantuan suami untuk menyediakan makanan yang tinggi nutrisi seperti yang kita bincangkan di atas tau.

Nak kenal lagi rambut anda? Nak tips rambut sihat? Nak tahu tanda-tanda penyakit rambut? Jom officially subscribe Faith Fleur.