0
Berita Tekini

MERAWAT RAMBUT KASAR DENGAN 4 LANGKAH MUDAH

By Ogos 9, 2018 Ogos 13th, 2018 No Comments
Rambut kasar boleh memberikan kesukaran ketika mendandan. Rambut tidak mudah untuk beri kerjasama dan kadang-kadang kelihatan kusam! Rambut kasar ini adalah normal untuk lelaki, rata-rata lelaki memiliki rambut kasar dari kecil lagi. Kelembapan atau haba sahaja tidak cukup untuk menjinakkan rambut kasar. Perhatikan rambut anda, setiap helaian rambut adalah tidak sama.
Salah satu kunci utama untuk merawat rambut kasar: Kesabaran!
Rambut kasar ini datang sekali dengan pakej rambut tebal. Jadi ia memerlukan lebih kelembapan berbanding rambut biasa. Walaupun ia mengambil masa yang lama dan komitmen yang tinggi, percayalah, IT WILL BE WORTH IT!
Jadi, apa cara untuk merawat rambut kasar?
Image result for girl in hair salon
GUNTING RAMBUT DENGAN KERAP
Cuba untuk konsisten menghadiri temujanji bersama salun. Rambut kasar lebih cenderung untuk bercabang di hujung. Dapatkan nasihat dari salun untuk menggunting rambut dengan kerap dan dapatkan jadual.
PILIH CONDITIONER YANG SESUAI
Dapatkan conditioner yang dikhaskan untuk rambut kasar. Tidak semua conditioner adalah sama. Gunakan conditioner yang sesuai setiap hari (tanpa bershampoo) untuk memastikan rambut anda sentiasa terhidrat. Tetapi, elakkan guna conditioner secara berlebihan kerana anda mungkin akan mengalami rambut berminyak.

Image result for hot oil treatment

HOT OIL TREATMENT
Sekali sekala, anda boleh dapatkan rawatan hot oil (minyak panas) untuk rambut anda. Kekerapan sekitar sekali dalam 2 minggu. Minyak panas akan membantu melembapkan rambut anda dan merawat rambut yang pecah dan rosak. Folikel rambut anda akan bebas dari kotoran yang tersumbat.
ELAKKAN PEWARNA RAMBUT
Ingat, jika rambut anda jenis kasar, pewarna rambut adalah musuh utama anda! Kebanyakan pewarna rambut mengandungi bahan kimia yang berbahaya untuk rambut sensitif. Ini boleh melambatkan proses anda mendapatkan rambut lembut bersinar. Juga elakkan dari pemanas haba untuk rambut seperti rebonding, straightener atau pengering rambut. Biarkan rambut kering secara semulajadi

Image result for hair dying

Belajar sesuatu?

Leave a Reply

X