0
Berita Tekini

5 TIPS MUDAH MENJAGA RAMBUT PANJANG

By Mac 14, 2018 Oktober 8th, 2018 No Comments
Penjagaan rambut pendek dan rambut panjang sebenarnya tidak sama. Kedua-dua jenis rambut ini.
So, harini nak share tips penjagaan rambut panjang. Yang paling penting, nak elak rambut daripada kering dan bercabang. Dua masalah normal dan utama. Rambut panjang memang banyak sangat masalah. Dan susah nak jaga, tapi cantik. Betul tak?

Antara masalah selalu jadi bila nak jaga rambut panjang ni
  1. Rambut gugur
  2. Rambut kering lepas shampoo
  3. Hujung rambut bercabang
  4. Cepat kusut
Jadi, apa tips untuk menjaga rambut panjang ni?
JANGAN BASUH RAMBUT SETIAP HARI
Rambut yang dibasuh setiap hari akan hilang minyak dan akan menjadi kering. Dalam seminggu tu basuh 2-3 kali sahaja, elakkan berlebihan. Tapi kalau kepala gatal, ia biasanya disebabkan oleh peluh di kulit kepala.
JANGAN LAP RAMBUT DENGAN KASAR
Ramai yang diantara kita suka lap rambut. Elakkan, elakkan tonyoh rambut guna tuala selepas mandi. Habis rambut kusut. Lepastu sikat.
Ishh, salah tu! Kalau boleh lepas shampoo tu, atau rambut masih basah, pastikan lap secara berhati-hati. Tarik dari hujung kepala sampai kebawah. Elakkan ditonyoh kuat kuat.
GUNA MINYAK ATAU KRIM RAMBUT
Selalulah guna krim rambut. Atau serum rambut untuk menggalakkan pertumbuhan rambut baru. Boleh gunakan serum rambut dari Faith Fleur yang telah terbukti berkesan kepada ribuan pengguna. Rambut akan lebih sihat, bersinar dan lebih wangi dari biasa.
Dan yang paling penting, rambut tidak lagi kering!
POTONG RAMBUT
Jangan sayangkan rambut panjang sampai taknak gunting. Kadang kadang bahagian rambut yang cabang tu kena potong. Kalau anda perasan, rambut lepas potong akan jadi lebih lebat.
SELALU SIKAT RAMBUT
Rambut yang panjang perlu sentiasa disikat untuk mengelakkan rambut kusut masai. Jika tidak, rambut akan mudah tersangkut dan akan menyakitkan kulit kepala. Jadi, rajinkanlah diri sikat rambut tu.
JANGAN KERAP IKAT RAMBUT
Rambut perlu diberi masa untuk bernafas. Elakkan sanggul rambut dalam tempoh yang lama. Kadang kadang lepaskan rambut anda bebas bernafas.

Leave a Reply

X