0
Berita Tekini

MAHU REBONDING RAMBUT UNTUK KALI PERTAMA?

By Ogos 16, 2018 September 4th, 2018 No Comments
Rebonding adalah satu teknik yang popular untuk meluruskan rambut. Golongan yang memiliki rambut kerinting, rambut beralun dan dan rambut kasar sangat memahami situasi ini. Mereka mengimpikan rambut mengerbang apabila ditiup angin. Apabila bercakap mengenai rebonding, anda perlu mengetahui beberapa langkah penjagaan sebelum dan selepas rebonding sebagai langkah berhati-hati. Ini kerana, rambut anda mungkin akan lebih rosak selepas rebonding!
Adalah sesuatu yang normal jika anda mengalami sedikit keguguran rambut selepas rebonding. Tidak semua rambut adalah sama. Ada helaian rambut yang nipis dan tidak tahan haba, lalu mengakibatkan keguguran. Seharusnya anda tidak perlu terlalu risau dalam hal ini.
Mari kenali rebonding terlebih dahulu jika anda mahu melakukannya untuk kali pertama!
Image result for rebonding salon

Proses Mengasingkan Rambut

Rebonding memberikan kesan jangka masa panjang untuk rambut anda. Rebonding boleh bertahan sehingga 6 bulan dengan penjagaan yang betul. Rebonding juga seringkali dilihat sebagai jalan singkat untuk menjinakkan rambut yang kasar dan degil. Haba yang dikenakan pada rambut anda akan memecahkan protein rambut dan memberikan ia ruang untuk dibentuk semula.
Kerana itu ia dipanggil rebonding! Menyusun semula “bond” (untaian) rambut untuk diluruskan. Rebonding akan memecahkan sel-sel rambut untuk membentuk rambut lurus. Selepas itu neutralizer digunakan untuk mengekalkan struktur rambut yang telah diluruskan.
PROSES REBONDING
Sebelum anda melakukan rebonding, anda perlu berkenalan dengan dua bahan ini dulu – cream relaxant dan neutralizer. Namun begitu, sebelum dua bahan ini diletakkan di rambut anda, anda akan menjalani proses cucian yang panjang dan menyeluruh untuk membuang segala kotoran dan minyak pada rambut. Selepas itu, rambut anda akan dikeringkan menggunakan pengering rambut pada suhu sederhana.
Sekarang, mari kita menuju ke proses rebonding
1. Rambut disikat dan akan dibahagikan kepada beberapa bahagian, bergantung pada ketebalan rambut anda
2. Selepas itu, cream relaxant akan diletakkan pada rambut anda di setiap bahagian. Ketika ini rambut anda sudah diluruskan. Cream relaxant ini membantu memecahkan sel rambut anda untuk memudahkan proses rebonding nanti.
Image result for rebonding process

Krim Untuk Melindungi Rambut

3. Papan plastik nipis digunakan didalam proses ini untuk memastikan setiap uraian rambut dilumurkan dengan cream relaxant. Jika rambut anda beralun atau kerinting, proses ini akan memakan masa 30-45 minit untuk memastikan cream relaxant tersebut diserap sepenuhnya kedalam rambut.
4. Selepas proses ini, rambut anda akan melalui proses wap panas (steaming) selama 30-45. Tempoh ini bergantung kepda texture dan ketebalan rambut anda.
5. Selepas proses wap panas ini, losyen Keratin akan dilumurkan pada rambut anda untuk melembutkan rambut yang masih bergulung. Proses ini dilakukan berulang kali sehingga rambut anda mencapai tahap lurus yang dikehendaki.
Image result for rebonding keratin

Krim Yang Diperbuat Dari Keratin

6. Pada waktu ini, neutralizer akan memainkan peranan. Neutralizer akan menyusun kembali struktur rambut dan menstabilkan struktur rambut baru untuk memastikan rambut anda lurus dan bersinar
7. Neutralizer akan ditinggalkan pada rambut anda selama 30 minit. Kemudian rambut anda akan dibilas dan dikeringkan untuk kali terakhir.
Image result for rebonding neutralizer cream

Krim Neutralizer

8. Untuk mengembalikan kelembapan dan nutrisi pada rambut, serum akan disapu pada rambut anda
9. Dan akhirnya rambut anda sudah bersedia untuk melalui proses rebonding. Adalah dinasihatkan untuk tidak mencuci rambut sekurang-kurangnya 3 hari selepas rebonding untuk hasil terbaik.
KESAN SAMPINGAN REBONDING
1. Selepas rebonding, rambut anda memerlukan penjagaan yang sangat rapi kerana pada ketika ini, rambut anda sangat rapuh dan mudah rosak. Elakkan mengikat rambut atau menyisirkan rambut ke telinga.
2. Kulit kepala anda akan terdedah kepada suhu yang tinggi ketika proses rebonding. Anda mungkin rasa sedikit tidak selesa. Jika anda mendapatkan rawatan rebonding dari pendandan rambut yang kurang berpengalaman, rambut anda mungkin akan lebih lama terdedah kepada suhu panas hair straightener.
Related image

Cucian Ketika Proses Rebonding

3. Dapatkan nasihat dengan kerap dari pendandan anda tentang penjagaan rambut selepas rebonding.
4. Bahan kimia yang dikenakan pada rambut anda mungkin akan menyebabkan keguguran rambut
5. Oleh kerana rebonding adalah proses kekal, anda tidak disarankan untuk menukar stail rambut jika rebonding tidak memberikan hasil yang memuaskan. Dikhuatiri rambut akan lebih rosak.
SEBAGAI LANGKAH BERHATI-HATI…
1. Anda akan disarankan untuk menggunakan beberapa jenis shampoo sahaja selepas proses rebonding. Ikut saranan tersebut untuk memastikan rambut tidak rosak.
2. Gunakan serum selepas mengeringkan rambut selepas mandi. Ini untuk mengelakkan rambut mengerbang.
Image result for shampoo for rebonded hair

Shampoo Khas Untuk Rambut Rebonding

3. Gunakan minyak untuk melembapkan rambut secara berkala. Anda jugak boleh menggunakan hair mask semulajadi seperti minyak zaitun, telur dan aloe vera
4. Dapatkan rawatan steaming (pengewapan) setiap dua minggu atau boleh gunakan tuala hangat dan letakkan di kepala anda
Image result for hot towel hair woman

Rawatan Tuala Panas Di Kepala

5. Jaga permakanan. Rambut anda tidak stabil pada waktu ini dan perlukan nutrisi yang secukupnya.
6. Semasa tidur, luruskan rambut dan elakkan dari bergumpal. Letak melepasi atas bantal anda dan biarkan begitu.
7. Elakkan dari mewarnakan rambut pada waktu rebonding. Atau sekurang-kurangnya 3 bulan selepas rebonding

Leave a Reply

X