Skip to main content

Sertai Pasukan Kami di Faith Fleur!

Kami di Faith Fleur sedang berkembang pesat dan mencari individu yang berdedikasi, kreatif dan bersemangat untuk menyertai keluarga kami! Jika anda mencari peluang untuk membina kerjaya dalam industri kecantikan dan penjagaan diri bersama jenama tempatan yang sedang meningkat naik — inilah masa yang tepat!

Personal Assistant

Tugas Utama:

  • Membantu pengurusan jadual dan tugasan harian pihak pengurusan.

  • Menyediakan dokumen, laporan, dan pengurusan komunikasi.

  • Menyelaraskan pertemuan dan urusan rasmi.

Kelayakan:

  • Minimum Diploma dalam bidang berkaitan.

  • Mahir dalam pengurusan masa dan multi-tasking.

  • Mampu bekerja secara profesional dan penuh integriti.

Assistant Accountant

Tugas Utama:

  • Membantu dalam penyediaan laporan kewangan bulanan dan tahunan.

  • Menyusun dan merekod transaksi kewangan ke dalam sistem akaun.

  • Mengendalikan urusan invois, resit, dan bayaran kepada pembekal.

  • Menyokong tugas-tugas audit dan pemfailan dokumen kewangan.

  • Membantu dalam penyediaan laporan GST, cukai syarikat dan tuntutan perbelanjaan.

Kelayakan:

  • Minimum Diploma dalam bidang Perakaunan / Kewangan atau setaraf.

  • Mahir menggunakan perisian perakaunan seperti AutoCount, SQL atau QuickBooks.

  • Mempunyai sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang akaun.

  • Teliti, bertanggungjawab, dan mampu bekerja mengikut tarikh akhir.

  • Mempunyai kemahiran asas Microsoft Excel.

Content Planner

Tugas Utama:

  • Merancang kandungan media sosial dan pemasaran bulanan.

  • Menyusun kalendar kandungan berdasarkan trend pasaran.

  • Bekerjasama dengan pasukan kreatif untuk menghasilkan kandungan yang menarik.

Kelayakan:

  • Berpengalaman dalam penulisan kreatif, pengurusan media sosial atau komunikasi.

  • Tahu menggunakan alat seperti Trello, Notion atau Google Workspace.

  • Mempunyai mata seni dan peka terhadap perkembangan digital.

Digital Marketer

Tugas Utama:

  • Mengurus dan mengoptimumkan kempen iklan di Facebook, Instagram & Google Ads.

  • Analisis data prestasi kempen dan saran strategi pemasaran.

  • Menyokong pertumbuhan jualan melalui saluran digital.

Kelayakan:

  • Pengalaman dalam pemasaran digital sekurang-kurangnya 1 tahun.

  • Mahir dalam penggunaan Ads Manager, Google Analytics, dan SEO.

  • Kreatif serta hasilkan idea yang out-of-the-box.

Cara Memohon

Hantarkan resume/CV terkini anda ke:
📧 recruitment.ctymary@gmail.com