Skip to main content

Latar Belakang

Faith Fleur yang dimiliki oleh CTYMARY Resources Sdn Bhd telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (1263640-W). Syarikat ini ditubuhkan pada 10 Februari 2017, bertempat di Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor dan telah menubuhkan satu lagi cawangan di Bintulu, Sarawak pada awal bulan September 2018. Pengasas kepada produk ini ialah Siti Mariam Binti Abdul Samad Bersama suami beliau iaitu Mohamad Abdul Halim Bin Bahadorisam.

Maksud ‘Faith’ ialah kesetiaan manakala ‘Fleur’ diambil daripada perkataan Perancis yang bermaksud ‘bunga’. Faith Fleur ialah syarikat pengeluar produk penjagaan rambut yang terdiri daripada Shampoo, Conditioner, Serum, Tonic dan Hair Mist.

Bahan-bahan yang digunakan dalam produk ini telah mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan tidak menggunakan sebarang bahan kimia seperti Paraben, SLS dan Soap. Produk Faith Fleur adalah ‘halal dan mesra wudhuk’. Selain itu, produk ini membantu menghapuskan kutu, membaiki rambut rosak, melembut dan melembapkan rambut yang kering kusam, mengurangkan keguguran rambut, menghilangkan kelemumur, menghilangkan bau kepam dan busuk. Bukan itu sahaja, produk ini turut membantu masalah uban yang pra-matang dan menggalakkan pertumbuhan rambut dengan membekalkan nutrien yang secukupnya.

Pencapaian Terkini

65,322

PENGEDAR

Visi

  • By 2030, Faith Fleur Will Be The Trusted Hair Care Brand for 100 million People in Asia.

Misi

  • Syarikat kami berjaya melahirkan anak-anak syarikat di bawah syarikat Ctymary Resources Sdn. Bhd.
  • Syarikat kami melahirkan 1,000 jutawan Faith Fleur.
  • Syarikat kami memiliki 10 kilang sendiri di seluruh Asia.
  • Syarikat kami mempunyai Pusat Rawatan Rambut dan outlet di setiap negeri.
  • Syarikat kami 500 jenis rangkaian produk yang berkualiti dan dipercayai
    ramai.
  • Syarikat kami adalah Billion Dollar Company dan Public listed di bursa saham.

Sasaran

Sasaran utama produk ini adalah untuk wanita  yang mengalami masalah rambut gugur dan inginkan rambut lebat dan cantik.