Skip to main content
Kisah baru

Minyak Baobab Baik Untuk Rambut, Korang Tau Tak Apa Tu?

Sepanjang korang buat rutin penjagaan rambut, korang pernah dengar tak tentang wujudnya minyak baobab. Mesti kebanyakan daripada korang masih tak tahu lagi kan apa benda pulak tu. Untuk siapa yang tak tahu, minyak baobab ni boleh dikatakan sebagai permata tersembunyi untuk menjaga korang punya kesihatan rambut tau. Minyak baobab ni berfungsi sebagai pelembap yang sempurna untuk rambut dan kulit.

Sebelum mengenali minyaknya, mari kita kenali pokoknya dahulu. Pokok baobab ni mempunyai batang yang tinggi dan tebal. Selain itu, ia kelihatan seperti terbalik dengan akarnya di udara. Pokok baobab ini tumbuh di negara-negara selatan Afrika, seperti Malawi, Kenya, dan juga Madagascar. Nama saintifik bagi pokok baobab ialah Adansonia digitata. Di Afrika, orang memanggilnya sebagai ‘pokok kehidupan’ atau ‘pokok farmasi’ tau. Hal ini kerana, pokok tersebut membawa banyak kegunaannya yang tersendiri. Ini juga termasuklah tentang perkara yang kita ingin bincangkan sekarang iaitu minyak baobab. Jom kita kenal!

Kebaikan Minyak Baobab Terhadap Rambut

1) Membaiki kulit kepala gatal dan mengelupas.

Minyak baobab merupakan produk yang bagus untuk membaiki kulit kepala yang gatal, mengelupas atau kelemumur. Jika tidak dirawat, kulit kepala korang boleh menjadi perumah kepada bakteria berbahaya yang akan menyebabkan keguguran rambut berlebihan, tetapi dengan penggunaan kerap minyak baobab akan membantu menghentikan bakteria berbahaya ini daripada berleluasa. Ciri-ciri anti-radang daripada minyak baobab ini juga membantu untuk melegakan kulit kepala yang dalam keradangan. Minyak baobab ini sangat sesuai untuk korang yang mungkin mempunyai masalah kulit seperti ekzema dan psoriasis, yang sering boleh meradang kulit kepala.

2) Menguatkan rambut.

Jika korang mempunyai helaian rambut yang lemah dan juga rapuh terutamanya disebabkan oleh kerosakan kimia, minyak baobab boleh membantu menguatkan dan meremajakan helaian rambut korang semula. Hali ini kerana, ia sangat kaya dengan vitamin dan nutrien. Dengan itu, ia dapat membantu untuk menambah sel-sel rambut korang dan bukan sahaja akan menguatkan rambut korang , tetapi juga akan dapat menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih sihat.

3) Melembapkan rambut yang kering.

Jika korang mempunyai rambut yang sangat kering dan rosak, minyak baobab akan memberikan penghidratan yang sangat diidamkan oleh rambut korang tu. Sifat pelembapnya berfungsi melalui setiap inci kulit kepala korang , yang membantu memulihkan folikel rambut yang rosak. Minyak ini terdiri daripada asid lemak omega tiga, enam dan sembilan, yang menjadikannya salah satu minyak yang paling menghidratkan di pasaran. Minyak baobab berfungsi hebat untuk mereka yang mempunyai rambut kering dan ia adalah satu produk penjagaan rambut yang mesti dimiliki oleh ramai orang.

4) Menggalakkan pertumbuhan rambut.

Minyak baobab mengandungi jumlah kolagen yang luar biasa, dan ini membantu untuk membina protein keratin dalam rambut korang yang merupakan kunci kepada pertumbuhan rambut. Sama ada korang tidak dapat menumbuhkan rambut melebihi panjang tertentu atau baru-baru ini korang telah memotong rambut, minyak baobab akan menumbuhkan rambut korang dalam masa yang singkat. Baru lebat rambut.

Selain daripada minyak baobab, korang juga boleh cuba untuk menggunakan Hair Tonic daripada Faith Fleur supaya rambut korang dapat diberikan rawatan dari akar rambut lagi. Hair Tonic ini dapat merawat akar rambut supaya ia menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat. Best kan bila kita mempunyai satu jenis produk yang mudah didapati dan memberikan kesan yang memberangsangkan. Cuba lah sekarang!

5) Selain rambut, minyak baobab ini juga baik untuk kulit.

Oleh kerana ia sangat kaya dengan kolagen, minyak baobab mempunyai ciri anti-penuaan yang hebat dan boleh membantu untuk mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan. Bukan sahaja vitamin C yang terkandung di dalamnya bagus untuk rambut korang, tetapi ia juga bagus untuk kulit korang. Ia membantu mengurangkan bintik hitam dan hiperpigmentasi yang sering disebabkan oleh parut jerawat. Ia juga membantu mengimbangi pengeluaran minyak semula jadi yang dihasilkan oleh kulit. Ini adalah manfaat yang besar kerana kulit yang terlalu berminyak selalunya boleh menyebabkan jerawat yang teruk.