Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

5 BAHAYA SLES DAN PARABEN UNTUK RAMBUT ANDA

By 16 April 2018September 7th, 2020No Comments
Tahukah anda, kebanyakan produk rambut yang berada di pasaran sekarang mengandungi beberapa bahan kimia yang berbahaya untuk rambut. Benar, bahan kimia ini memberi “kesegaran” dan “kelembutan” untuk rambut anda. Tapi untuk sementara waktu sahaja, tidak untuk jangka masa panjang.
Antara yang selalu ada dan selalu orang elak, ialah dua bahan ini. Ingat dan baca betul-betul: SLES dan PARABEN. Ini bahan yang sangat biasa didalam shampoo di rumah anda. Untuk yang baru tahu kewujudan dua bahan ini, teruskan bacaan anda.
Parabens adalah bahan kimia yang digunakan sebagai pengawet. Ia digunakan untuk melawan bakteria dan kulat. Hampir semua parabens yang digunakan sebagai bahan pengawet adakah buatan manusia dan bukan dari sumber semulajadi. Paraben boleh diserap melalui sistem kulit, darah dan penghadaman.
Paraben boleh didapati dalam syampu, krim pelembap, gel bercukur, gel pembersihan, pelincir peribadi dan ubat gigi, juga digunakan sebagai bahan tambahan dalam makanan. Contoh parabens dalam kosmetik adalah ethylparaben, butylparaben, Methylparaben, isobutylparaben dan propylparaben.

Logo Yang Mengesahkan Tiada Paraben Dalam Produk Tersebut

Apa yang bahaya Paraben ni?
  • Paraben menyerupai hormon dan ia boleh mengganggu fungsi system endoktrin anda.
  • Penghasilan estrogen yang tidak normal akan meransang kanser payudara. Penyerapan paraben boleh menggalakkan penghasilan estrogen yang tidak normal.
  • Paraben boleh memasuki salur darah walaupun hanya sapuan di atas kulit. Paraben yang diambil melalui kulit atau sapuan adalah lebih pekat berbanding melalui minuman iaitu sebanyak 10 kali ganda.
  • Sekiranya anda mempunyai kulit yang sensitif, paraben akan menyebabkan reaksi alergi dan ruam kulit.
  • Turut mengandungi mineral oil, alcohol dan pewangi yang merupakan bahan yang berbahaya.

Sampel Shampoo Yang Mengandungi MethylParaben

Ok, selesai tentang Paraben. Kita beralih ke satu lagi bahan berbahaya dalam shampoo anda, iaitu SLES
Sodium Lauryl Sulfate dan Sodium Laureth Sulfate (atau SLS) adalah bahan kimia yang terbukti secara klinikal mendatangkan keradangan pada kulit. Bahan ini digunakan dalam sabun, syampu, pencuci muka, ubat gigi, sabun basuh, pencuci kereta dan sebagainya untuk menghasilkan buih.
Tapi kenapa penggunaannya meluas? Sebab ia murah.
Apa yang bahaya SLS ni?
  •  Boleh menyebabkan keradangan pada kulit.
  •  Ia juga memberi kesan kepada mata seperti katarak.
  •  Boleh merosakkan folikel rambut dan menggalakkan keguguran rambut.
  •  Dikelaskan sebagai carcinogen atau penyebab kanser.

Sampel Shampoo Yang Mengandungi SLS

Antara sebab utama Faith Fleur tidak memasukkan SLS dan Paraben ke dalam syampoo dan conditioner. Untuk jangka masa panjang, ianya sangat tidak bagus untuk kulit dan rambut. Sudah ribuan pelanggan bertukar ke produk Faith Fleur selepas mencubanya.
Anda bila lagi?

Boleh hubungi agen perunding di www.faithfleur.my/agen dan ikuti langkah seterusnya

Leave a Reply