Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

Hujung Rambut Yang Bercabang, Ketahui Punca Dan Cara Menghalangnya Daripada Berlaku

Disebabkan cuaca yang panas, ramai orang mengalami masalah hujung rambut yang bercabang. Selain daripada faktor cuaca yang panas, sebenarnya terdapat pelbagai punca-punca yang boleh menyebabkan masalah hujung rambut yang bercabang untuk korang. Sepanjang hari-hari yang korang lalui tu, banyak je faktor kepada korang untuk menanggung masalah tersebut.

Untuk sesiapa yang tak tahu, hujung rambut yang bercabang menandakan yang korang dah mula mengalami masalah rambut rosak tau. Selain daripada itu juga, masalah hujung rambut yang bercabang ini menjadi pendahulu kepada semua masalah yang lebih serius seperti rambut yang mudah patah. Sebelum menjadi lebih teruk lagi, ianya baik untuk korang melakukan beberapa langkah pencegahan awal supaya masalah hujung rambut yang bercabang boleh dirawat. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi tentangnya, korang boleh baca artikel ini sampai habis.

Hujung rambut yang bercabang boleh menyebabkan rambut korang kelihatan sangat kering dan tidak sihat. Apabila korang membandingkan rambut yang mengalami masalah hujung rambut bercabang dengan rambut yang sihat, korang akan dapat lihat bahawa rambut yang rosak tersebut kekurangan kilauan. Hal ini kerana, kutikula rambut yang pecah memantulkan cahaya yang kurang. Justeru itu, memberikan kesan kepada rambut korang untuk kelihatan kusam dan tidak bermaya. Hujung rambut yang bercabang kelihatan seperti Y pada hujungnya.

Punca-Punca Menyebabkan Masalah Hujung Rambut Yang Bercabang

  • Punca utama kepada masalah hujung rambut yang bercabang adalah kekeringan. Apabila rambut korang mengalami dehidrasi, ia akanmenjadi lebih rapuh dan juga terdedah kepada rambut yang mudah patah. Rambut korang boleh menjadi kering apabila korang tidak menggunakan produk penjagaan rambut yang betul, terlalu mencuci rambut korang, atau terlalu menggunakan alat pemanasan dalam rutin penggayaan rambut korang.

  • Selain itu, faktor lain yang boleh menyebabkan masalah hujung rambut yang bercabang adalah pengurusan rambut yang kasar semasa rambut korang masih basah. Mungkin tidak ramai yang tahu ini, tetapi rambut yang basah bermaksud ia berada dalam keadaan paling terdedah.

  • Kemudian, rambut korang juga akan cepat mendapat masalah hujung rambut yang bercabang jika korang membiasakan diri menggunakan bahan kimia untuk merawat rambut. Proses tersebut boleh menyedut kesemua kelembapan dan menyebabkan rambut korang menjadi bercabang dan mudah patah.

Cara Merawat Masalah Hujung Rambut Yang Bercabang

hujung rambut yang bercabang

Hair Serum keluaran Faith Fleur ini merupakan produk penjagaan rambut yang bagus untuk korang merawat masalah hujung rambut yang bercabang. Minyak Biji Anggur yang terdapat dalam Hair Serum ini yang membantu dengan masalah rambut bercabang dan juga rapuh. Yang spesialnya, Hair Serum ini berbau lembut dan segar. So, takdelah korang jadi pening untuk memakainya. Selain daripada itu juga, Hair Serum ini mesra solat. Selain merawat masalah hujung rambut yang bercabang, ia juga mengurangkan masalah rambut gugur, menghapuskan kelemumur, melebatkan dan melembutkan rambut, membaiki rambut rosak dan kering, dan juga memberi wangian harum pada rambut korang. Best kan korang! Produk yang patut cuba.