Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

Rambut Dan Kesihatan Diri Saling Berkait Rapat, Banyak Boleh Tahu Melalui Rambut

Korang mesti rasa teruja kan bila dapat tahu yang sebenarnya rambut dan kesihatan diri korang sebenarnya sangat berkait rapat. Korang boleh dapat tahu tentang kesihatan seseorang dengan hanya melihat pada kesihatan rambutnya sahaja. Tak sangka penampilan rambut ni sebenarnya dapat memberi info yang banyak tentang diri kita sendiri di luaran dan dalaman.

Walaupun korang dah berusaha sedaya upaya untuk menjaga rambut korang, rambut korang tetap akan nampak bermasalah jika korang sendiri ada masalah kesihatan. Sebab itulah korang sepatutnya memberi perhatian terhadap kesihatan diri korang dan ambil tindakan yang cepat untuk merawatnya jika korang dah nampak tanda-tanda ia berlaku melalui rambut.

Penampilan Rambut Dan Kesihatan Diri Yang Berkait Rapat

1) Rambut Gugur Boleh Menjadi Tanda Penyakit Anemia

Jika korang secara tiba-tiba melihat lebih banyak rambut di berus rambut atau di lantai rumah korang, ini boleh menjadi tanda bahawa badan korang mempunyai simpanan zat besi yang rendah, atau lebih mudah dikenali sebagai anemia. Untuk lebih kepastian, korang mungkin memerlukan ujian. Ia tidak diketahui sepenuhnya mengapa zat besi rendah boleh menyebabkan keguguran rambut, tetapi zat besi adalah penting untuk kebanyakan tindak balas biologi dan kimia, dan ianya termasuk pertumbuhan rambut. Selain daripada itu, keguguran rambut juga boleh berlaku secara sementara apabila berlakunya perubahan mendadak dalam tahap estrogen dan sering kali boleh diperhatikan selepas kehamilan atau berhenti ambil pil perancang.

2) Stress Boleh Menyebabkan Pertumbuhan Uban

Stress boleh menjadi salah satu punca untuk korang tumbuh uban tau. Mengikut kajian yang telah dijalankan, stress kronik sememangnya boleh menyumbang kepada pertumbuhan uban. Hal ini kerana, ia menyebabkan kerosakan DNA dan juga mengurangkan bekalan sel penghasil pigmen dalam folikel rambut. Selain daripada itu, stress juga boleh menyebabkan rambut korang keguguran. Satu lagi jenis stress, yang dikenali sebagai stress oksidatif, sedikit sebanyak memainkan peranan dalam pertumbuhan uban.

3) Keguguran Rambut Boleh Menjadi Tanda Kekurangan Protein

Protein adalah elemen penting korang perlu dapatkan untuk kesihatan dan juga pertumbuhan rambut. Disebabkan itu, kekurangan protein telah dikaitkan dengan masalah penipisan dan keguguran rambut. Sumber protein yang baik adalah seperti yogurt, tilapia, kacang, dan dada ayam. Tetapi kebanyakan masalah rambut yang makin menipis, walaupun pada wanita, mungkin berlaku disebabkan oleh genetik.

4) Rambut Rapuh Mungkin Menjadi Tanda Sindrom Cushing

Rambut yang rapuh adalah salah satu tanda yang korang mungkin mengalami Sindrom Cushing. Ia merupakan keadaan yang jarang berlaku dan selalunya disebabkan oleh terlalu banyak kortisol. Tetapi, terdapat banyak lagi tanda-tanda boleh berlakunya Sindrom Cushing yang lebih jelas, termasuk tekanan darah tinggi, keletihan, dan juga sakit belakang. Rawatan untuk Sindrom Cushing mungkin termasuk dengan menukar dos ubat yang boleh menyebabkan keadaan tersebut, seperti glukokortikoid, iaitu steroid yang digunakan untuk merawat keradangan yang disebabkan oleh pelbagai penyakit. Orang lain mungkin memerlukan pembedahan, kemoterapi atau terapi radiasi untuk membetulkan pengeluaran kortisol yang berlebihan.

5) Bahu Baju Yang Berdebu Menandakan Adanya Kelemumur

Debu-debu yang berwarna putih di rambut korang, dan juga di bahu korang adalah tanda kepada wujudnya kelemumur, atau keadaan kulit kepala yang kronik. Kelemumur biasanya tidak menunjukkan masalah kesihatan yang serius, dan ia biasanya boleh dirawat dengan syampu rambut khusus atau syampu preskripsi. Salah satu produk penjagaan rambut yang korang boleh guna untuk mengawal masalah kelemumur ialah Leaf Shampoo dan Leaf Conditioner daripada Faith Fleur.

rambut dan kesihatan diri

Kebaikan Leaf Shampoo:

  • Menghilangkan tompok kegatalan.
  • Membantu mengatasi masalah kelemumur.
  • Menyegarkan kulit kepala.
  • Mengurangkan iritasi pada kulit kepala.

Kebaikan Leaf Conditioner:

  • Mengembalikan minyak semulajadi rambut.
  • Berikan kelembutan berpanjangan.
  • Menjaga kelembapan rambut.
  • Mencegah rambut daripada cepat rosak.