Skip to main content
Berita Terkini

ERRA FAZIRA RASMI MENJADI DUTA PRODUK FAITH FLEUR

By 13 Julai 2020Ogos 20th, 2020No Comments

Meskipun baru tiga tahun berada dalam industri, jenama Faith Fleur sudah pun mempunyai kelompok peminatnya sendiri di semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Tidak cukup dengan itu, mutu kualiti produk ini turut ditagih sebahagian besar peminat setia yang juga pengguna tegar di Singapura dan Brunei.

Bagi selebriti terkenal tanah air dan bekas ratu cantik Malaysia ini, beliau percaya justeru optimis rangkaian produk Faith Fleur ini akan terus terbang tinggi dengan kualiti yang dimiliki. Malahan, mereka juga bakal menerbitkan lebih banyak rangkaian jenis poduk pada masa akan datang dan tidak hanya tertumpu pada produk sedia ada.

Jenama Faith Fleur yang dikeluarkan oleh syarikat CTYMARY Resources Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 10 Februari 2017 oleh pasangan suami isteri, Siti Mariam Abdul Samad (pengasas) dan suami, Abdul Halim Bahadorisam (pengasas bersama). Syarikat yang bertapak di Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor (ibu pejabat) ini mempunyai satu lagi cawangan di Bintulu Sarawak, yang telah dibuka pada September 2018.

Jenama Faith Fleur mempunyai keunikan tersendiri di mana maksud ‘Faith’ ialah kesetiaan dan ‘Fleur’ diambil daripada perkataan Perancis yang bermaksud bunga. Produk Faith Fleur memberi tumpuan terhadap penjagaan rambut dan terdiri daripada beberapa jenis produk seperti syampu, tonik, serum, pewangi serta pelembap rambut.

Demi memastikan produk ini mesra pengguna, kesemua produk yang dihasilkan adalah halal dan mesra wudhuk. Ia boleh digunakan dan amat sesuai untuk semua peringkat umur, lelaki dan wanita.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.faithfleur.my

Sebarang pertanyaan boleh hubungi +603-5103 0515

Jangan lupa untuk ikuti Faith Fleur di :

Rujukan:

  1. https://www.budiey.com/erra-fazira-dilantik-jadi-duta-produk-faith-fleur/
  2. https://malaysiagazette.com/2020/07/14/erra-fazira-masih-relevan/
  3. https://malaysianewstvmy.com/2020/07/13/erra-fazira-dilantik-jadi-duta-faithfleur-akui-jatuh-cinta-lagi/
  4. https://malaysianewstvmy.com/2020/07/13/erra-fazira-dilantik-jadi-duta-faithfleur-akui-jatuh-cinta-lagi/
  5. https://www.hijabista.com.my/dilantik-jadi-duta-faithfleur-erra-fazira-ajak-hijabi-rawat-rambut-agar-kekal-sihat-cantik/?amp_markup=1
  6. http://www.mieranadhirah.com/2020/07/faith-fleur-buat-erra-fazira-jatuh.html?m=1
  7. https://alongmurni.blogspot.com/2020/07/faith-fleur-buat-erra-fazira-jatuh-cinta-lagi.html
  8. https://www.diarymama.com/faith-fleur-buat-erra-fazira-jatuh-cinta-lagi/
  9. https://www.qisstiera.com/2020/07/faith-fleur-buat-erra-fazira-jatuh.html?m=1
  10. https://farizasaidin.blogspot.com/2020/07/faith-fleur-bikin-erra-jatuh-cinta-lagi.html
  11. https://nokomen.com/faith-fleur-buat-erra-fazira-jatuh-cinta-lag/
  12. http://m3g4tzreview.blogspot.com/2020/07/faith-fleur-buat-erra-fazira-jatuh.html?m=1
  13. https://www.instagram.com/p/CCm0IjSAuFE/?igshid=1s77cat8d66et