Skip to main content
Berita Terkini

Tracie Sinidol, Wajah Baru Faith Fleur di Sabah

By 3 Oktober 2022November 17th, 2022No Comments

Sejak ditubuhkan pada tahun 2017, Faith Fleur banyak berkolaborasi dengan ramai selebriti dan influencers terkenal tanah air dengan harapan untuk membantu lebih ramai wanita yang mempunyai masalah rambut serta tampil yakin dengan rambut lebat.

Kali ini, Faith Fleur dengan berbesar hati bekerjasama dengan Juara Dewi Remaja 2022, Tracie Sinidol bagi menguatkan lagi ‘sayap’ kami di Borneo.

 

Sabah adalah salah satu negeri dengan jumlah Ctymary Business Owner (CBO) yang paling ramai berbanding di negeri lain. Semangat dan komitmen yang mereka tunjukkan bukan sekadar untuk menghilangkan rambut gugur mereka bahkan dalam perniagaan yang mereka lakukan juga.

Bagi menguatkan lagi penaklukan Faith Fleur di Sabah, kami melantik Tracie Sinidol menjadi wajah baru kami di sana. Anak kelima daripada sembilan adik beradik ini ketika diundang menjadi duta Faith Fleur bagi negeri Sabah menerima dengan tangan terbuka bahkan kelihatan sangat teruja menjadi duta di usia muda.

Meletakkan diri sebagai ‘role model’ kepada generasi muda mengilhamkan Faith Fleur untuk membantu Tracie merealisasikan impian tersebut. Melalui cara ini, diharapkan Tracie mampu membantu generasi kini dalam kepentingan menjaga diri terutama rambut mereka.

Faith Fleur juga berharap agar penglibatan aktif Tracie Sinidol mampu menaikkan dan menguatkan jenama Faith Fleur bukan saja di Sabah, bahkan di seluruh Malaysia.

 

Tonton video penuh di Youtube Faith Fleur HQ