Tahukah anda, lelaki bukan tak suka jaga rambut tapi ada perkara yang mengganggu mereka untuk selesaikan masalah rambut mereka.Ada yang cakap tak ada masa, susah nak jaga atau ada yang tak ambil tahu langsung.
Lelaki bukan benci menjaga rambut. Cuma ramai antara mereka yang hanya tahu gunakan shampoo. Tapi, mereka gunakan shampoo, banyak rambut mereka rosak dan kering. Kalau pernah guna conditioner sekalipun, rata-rata tak sesuai dengan mereka.
Cuba gunakan teknik CWC (Conditioner-Wash Conditioner). Conditioner dulu, shampoo dan conditioner semula. Teknik ini boleh bantu melembutkan rambut dan sangat sesuai digunakan untuk mereka yang ada rambut atau kulit kepala berminyak.
Teknik kedua yang paling best, gunakan bahan-bahan semulajadi seperti minyak zaitun atau minyak kelapa. Gunakan bahan-bahan ini selepas syampu rambut. Jadikan minyak zaitun sebagai minyak rambut tapi apply dalam jumlah yang kecil, cukup untuk rambut anda. Kesan rambut kering kerana syampu boleh dikurangkan ditambah pula dengan manfaat sedia ada dalam bahan-bahan semulajadi ini.
Gunakan produk dengan berpada-pada. Walaupun bahan produk penjagaan rambut anda tidak mempunyai Paraben atau SLS, anda masih perlu berjaga-jaga waktu membersihkan rambut anda. Biarkan selama 2 minit sebelum bilas. Sambil-sambil membersihkan rambut tu boleh urut-urut kepala. Biar nyaman.
Walaupun muka hensem, poket tebal tapi rambut tak jaga pun tak guna sebab kesihatan rambut berkait rapat dengan kebersihan diri anda. Rambut yang cantik bukan saja jaga kesihatan anda tapi boleh impress ramai wanita.
Ingin lebih banyak perkongsian mengenai rambut? Sertai kami di https://t.me/faithfleurlover