Skip to main content
Kisah baru

7 ADIK BERADIK SUTHERLAND: KISAH JUTAWAN RAMBUT

By 17 Oktober 2022November 17th, 2022No Comments

Nama jutawan bukan lagi satu perkara yang asing. Kebanyakan Ctymary Business Owner (CBO) juga adalah jutawan dengan kumpulan jualan mencecah RM1 juta dan mampu melahirkan sehingga 7 orang jutawan dengan usaha dan kegigihan mereka sendiri.

 Tapi kali ini kisah kita berbeza yang melibatkan 7 adik beradik Sutherland, si jutawan rambut. Pada penghujung abad ke-19, sekitar Niagara, tinggal sebuah keluarga yang dikenali sebagai Keluarga Sutherland. Si bapa bernama Fletcher dan si ibu bernama Mary. Mereka mempunyai seorang anak lelaki, Charles dan 7 orang anak perempuan; Victoria, Sarah, Isabella, Naomi, Dora, Grace dan Mary.

Kehidupan mereka semua sangat klasik antaranya bercucuk tanam dan menternak ayam belanda. Tapi ada 1 yang istimewa mengenai mereka iaitu rambut 7 adik beradik perempuan ini. Dikatakan rambut mereka ini sangat panjang sehingga mencecah 11 meter iaitu hampir sama panjang dengan court takraw. Macam mana boleh jadi begitu?

Menurut Brandon Stickney, penulis biografi, rahsia mereka terletak pada ibu mereka sendiri. Ibu mereka menghasilkan sendiri sebuat ramuan yang mana mampu menjaga rambut mereka sehingga tumbuh dengan panjang dan paling penting tidak mempunyai kesan sampingan. Mereka adik-beradik juga taat dengan permintaan si ibu. Apakah permintaannya itu?

Pertama, si ibu tidak membenarkan anak-anaknya memotong rambut. Kedua, mereka juga terpaksa merelakan diri menggunakan tonic rambut buatan ibu mereka walaupun berbau busuk sehingga diejek rakan-rakan sekolah. 

Namun, hasil sapuan tonic tersebut oleh si ibu pada setiap malam ke rambut 7 adik beradik Sutherland sehingga menyebabkan rambut mereka mengurai panjang dan sihat. Dikatakan juga, rambut Victoria adalah yang paling panjang sehingga 7 kaki antara 7 orang adik-beradik ini.

Selepas ibu mereka meninggal dunia, keluarga ini mula mengubah patern kehidupan mereka. Ayah mereka pernah berniat untuk menjual mereka akibat kemiskinan namun idea lain muncul sehingga membuatkan mereka popular ketika itu dan hasil kekayaan mereka bertahan sehingga ke 20 tahun.

Apa yang membuatkan mereka menjadi popular adalah ketika mereka dihantar oleh si bapa ke syarikat pengendali sarkas sebagai penghibur dengan niat ingin mereka bekerja mencari wang.

Di Barnum & Bailey Circus, 7 adik beradik Sutherland ini di iklankan sebagai ‘7 keajaiban di dunia’ dek rambut mereka. Disebabkan itu, berseronoklah mereka hidup sebagai selebriti sehingga tercipta produk ‘Seven Sutherland Sisters Hair Grower’ hasil idea si bapa dan menantunya. Ramuannya pula adalah ‘secret ingredients’ si ibu. 

 

Tonton perkongsian kisah ini di Youtube Faith Fleur HQ.