Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

Bagaimana rambut boleh berbau busuk?

By 24 Oktober 2022November 17th, 2022No Comments

 “Rambut kalau dah busuk susah tau nak wangi balik”

Pernah dengar tak ayat ini daripada orang yang gunting rambut atau di salon? Tahukah anda, bau rambut yang busuk itu bukan saja terletak pada rambut malah lebih kuat jika ‘melekat’ di kulit kepala? Baunya itu akan bertahan lebih lama dan sangat sukar dibuang dengan sekali rawatan saja.

Rambut boleh menjadi berbau atas pelbagai sebab. Salah satu daripadanya adalah disebabkan anda mempunyai kulit kepala berminyak. Kalenjar sebum di kulit kepala anda menjadi aktif dan menyebabkan penghasilan minyak secara berlebihan. Walaupun kulit kepala anda menghasilkan terlalu banyak minyak, tidak semestinya rambut anda memiliki bau yang busuk. Hanya bau masam yang berbeza.

 

Yang kedua, bau busuk di kulit kepala ataupun rambut anda biasanya disebabkan oleh aktiviti bakteria di beberapa bahagian kepala. Ini juga dipengaruhi oleh minyak berlebihan yang mana keadaan itu memberikan bakteria peluang berkembang maju dan membiak. Itu yang menjadi punca kepada bau-bauan yang kurang menyenangkan anda.

Yang ketiga, anda tidak membersihkan rambut dengan betul. Sekadar mencuci dengan syampu tanpa menggosok dengan teliti di kulit kepala, belakang telinga mahupun leher anda. Kawasan seperti leher dan belakang telinga menjadi ‘hotspot’ untuk membiakan bakteria terutama ketika anda berpeluh.