Skip to main content
Berita Terkini

Faith Fleur bukan lagi mampu membantu rambut gugur, tapi meliputi pelbagai masalah rambut orang Asia

By 7 November 2022November 17th, 2022No Comments

Apabila disebut saja nama Faith Fleur pasti ramai yang akan terngiang-ngiang dengan keberhasilan produk ini dalam mengatasi masalah rambut gugur terutamanya untuk wanita. Manakan tidak, wanita adalah penyumbang tertinggi dalam masalah rambut gugur jika dibanding lelaki.

Namun, selepas ‘All New Range’ dilancarkan, Faith Fleur tidak lagi mampu ‘mengubati’ kesengsaraan anda terhadap rambut gugur, tapi memberi peluang untuk mengatasi pelbagai lagi masalah rambut dengan kelahiran produk baru ini yang memiliki keunikan mereka tersendiri.

5 November 2022, tarikh keramat yang disaksikan 100 orang Ctymary Business Owner (CBO), Icon dan Influencers Faith Fleur. Dengan impian memberi keyakinan kepada wanita melalui penjagaan rambut, Faith Fleur kini lahir dengan 3 ‘range’ syampu dan perapi yang lebih khusus seperti ‘Everyday Shampoo and Conditioner’, ‘True Color Shampoo and Conditioner’ dan ‘Absolute Repair Shampoo and Conditioner’.

Mendengar keluhan wanita yang aktif dalam aktiviti kehidupan seharian, Faith Fleur lahir dengan syampu dan perapi khas yang diberi nama ‘Everyday Shampoo and Conditioner’ yang boleh digunakan setiap hari.

‘Everyday Shampoo’ dilengkapi dengan protein beras untuk menambahkan kilauan secara semulajadi. Selain itu, ia mampu meningkatkan fleksibiliti dan boleh menyokong helaian rambut. ‘Everyday Conditioner’ pula kaya dengan Safflower untuk mengunci kelembapan dan menghidrat semula setiap helai rambut. 

Faith Fleur yakin ramai wanita di luar sangat suka mewarnakan rambut tapi takut kesan pelaburan untuk rambut itu bertukar menjadi pembaziran kerana tidak memiliki syampu dan perapi yang sesuai untuk rambut berwarna. Jadi, ini adalah peluang untuk anda cuba dan rasai sendiri kelebihan ‘True Color Shampoo and Conditioner’.

‘True Color Shampoo’ boleh menjadikan rambut anda lebih licin dengan Minyak Camellia selain kaya dengan antioksidan dan Vitamin E. ‘True Color Conditioner’ mengandungi Minyak Cranberry yang terkenal sebagai agen anti-kelemumur dan juga, berperanan untuk melindungi folikel rambut.

Kerap terdedah dengan persekitaran yang kotor dan berhabuk menjadikan Faith Fleur nekad untuk membantu wanita yang sering berhadapan dengan rambut rosak melalui ‘Absolute Repair Shampoo and Conditioner’.

‘Absolute Repair Shampoo’ dengan kebaikan Aloe Vera, menggalakkan pertumbuhan rambut dan mengekalkan keseimbangan kulit kepala. ‘Absolute Repair Conditioner’ pula diperkaya dengan Minyak Biji Moringa, ia melindungi rambut daripada haba dan habuk persekitaran dan menghalang kerosakan rambut.

Faith Fleur berharap dengan kehadiran 3 lagi ‘range’ baru dalam produk penjagaan rambut ini mampu membantu lebih ramai wanita mendapatkan rambut idaman mereka. Kami mahu mereka rasa yakin dan berani berhadapan dengan apa jua cabaran kehidupan mendatang ditemani dengan rambut yang lebat dan cantik daripada Faith Fleur.

Faith Fleur juga adalah antara jenama penjagaan rambut yang kerap disebut-sebut dan telah berjaya melahirkan lebih 68,000 Ctymary Business Owner (CBO) dari rantau ini termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia.

Kini, Faith Fleur bukan lagi membantu wanita dengan masalah rambut gugur, malah boleh membantu wanita daripada pelbagai sudut masalah rambut mereka terutama di Asia.