Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

Rambut Rosak Dek Cuaca Panas! Selamatkan Guna 5 Cara Ni

By 5 Mei 2023Mei 10th, 2023No Comments

 

Bila kita tengok keadaan sekarang ni, memang tak dapat nak dalih lagi lah cuaca panas kan. Mana-mana kita pergi pon memang akan sama je sebenarnya. Cuaca panas yang berterusan ni sebenarnya dapat memberikan kesan yang buruk kepada banyak benda. Sebagai contoh seperti terjadinya jerebu, kebakaran ladang, dan juga banyak lagi. Yang paling merisaukan, apabila cuaca sebegini akan memudaratkan kesihatan manusia sendiri. Ramai yang mungkin tak tahu, cuaca panas ni dapat mengakibatkan batuk-batuk, kulit sentiasa kering dan juga rambut menjadi rosak. Teruknya kalau kena tanggung semua tu!

Untuk siapa yang kat luar sana nak tahu macam mana cara untuk merawat rambut rosak, artikel ni memang untuk korang. Terdapat pelbagai cara yang dari murah hinggalah ke cara yang paling mahal. Korang perlu cuba je cara mana yang sesuai. Yang pasti, cara-cara ini sudah semestinya dapat membantu korang sedikit sebanyak untuk merawat rambut rosak korang yang diakibatkan oleh cuaca panas sekarang ni.

Credit: Prevention.Com

5 Cara Untuk Merawat Rambut Rosak Ketika Cuaca Panas

Ada cara semula jadi yang korang boleh guna dan juga ada cara yang memerlukan penggunaan produk supaya rambut rosak yang diakibatkan oleh cuaca panas ni boleh dipulihkan semula seperti asal.

1) Aloe Vera

Haa, mesti ramai yang ingat aloe vera atau juga dikenali sebagai lidah buaya ni hanya boleh digunakan pada kulit je kan. Bukan tu sahaja sebenarnya tau, aloe vera ni juga boleh digunakan untuk merawat rambut kering dan rosak. Dahla mudah nak cari, cara penggunaannya pula mudah. Korang hanya perlu buang kulit aloe vera tu dan lumurkan je isinya terus ke kulit kepala. Mula-mula letak tu, memang korang akan terus rasa sejuk dan segar. Jika diamalkan secara konsisten, dapat la rambut korang yang dah rosak tu diselamatkan dengan segera.

2) Minyak Zaitun

Minyak zaitun ni ada banyak kebaikannya yang korang boleh dapat bila diamalkan. Bagi masalah dalaman, ia boleh merawat kolestrol. Bagi masalah luaran pula, minyak zaitun dapat membantu korang dengan masalah rambut dan juga kulit sensitif. Cara nak guna, korang peram rambut korang yang telah disapu dengan minyak zaitun. Selepas itu, basuh sehingga bersih.

3) Faith Fleur Absolute Repair Shampoo And Conditioner

cuaca panas

Kalau rambut korang rosak teruk waktu cuaca panas ni, pilihan Absolute Repair Shampoo dan Absolute Repair Conditioner lah penyelamat korang tau. Bukan sahaja dapat merawat rambut korang, baunya juga sangat wangi. Sangat selesa untuk dipakai. Mesti korang akan rasa segar je lepas pakai kedua-dua Shampoo dan Conditioner ni tau. Kalau korang masih belum try lagi, nilah masanya untuk korang dapatkan sendiri dan rasakan perbezaannya kat rambut korang. Lepas ni, rambut korang akan tetap terjaga denga selamat walaupun cuaca panas teruk. Sape je kan taknak kalau macam tu.

4) Bilas Rambut Dengan Air Sejuk

Suhu air pon sebenarnya sangat memberi kesan ya kepada rambut kita. Hal ini kerana, air sejuk mampu menutup pori-pori kulit kepala dan juga kutikel rambut, supaya kelembapan semulajadi rambut terjaga. Sementara itu, lembapan dari udara lembap tidak akan dapat memasuki rambut.

5) Rambut Diikat Dengan Rapi

Bagi korang yang berambut panjang, pasti cuaca panas ni sangat memberi kesan kan kepada rambut korang. Selain daripada mengelakkan rambut korang selalu terkena suhu yang terlalu panas, mengikat rambut korang sebenarnya boleh mengelakkan rambut korang menjadi rosak atau kusut masai.