Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

Stop That Routine! Sebab Tak Boleh Cuci Rambut Setiap Hari

By 8 Mei 2023Mei 10th, 2023No Comments

 

Salah satu rutin penjagaan rambut yang ramai orang buat sudah semestinya lah dengan cuci rambut kan. Ada yang mencucinya sebulan sekali di salun-salun kegemaran mereka dan ada juga yang lebih gemar untuk mencucinya sendiri di rumah. Tetapi, terdapat satu jenis kesalahan yang mereka telah buat apabila mereka memilih untuk cuci rambut mereka sendiri di rumah. Kesalahan tersebut adalah apabila mereka mencuci rambut mereka dengan menggunakan produk penjagaan rambut setiap hari. Ramai yang tidak tahu tentang perkara ini, tetapi sesetengah produk penjagaan rambut tidak boleh digunakan setiap hari.

Terdapat beberapa kesan buruk yang akan korang alami sebenarnya apabila rambut dicuci setiap hari. Antaranya adalah, rambut anda akan cepat menjadi kering. Disebabkan rambut yang kering, kejadian seperti kerapuhan rambut dan juga kepatahan rambut boleh berlaku dengan lebih mudah. Sudah tentunya kita tak mahu kan untuk menanggung kejadian seperti itu dalam diri kita. Oleh itu, kekerapan korang untuk mencuci rambut sebenarnya tertakluk pada kondisi kulit kepala dan juga rambut korang sendiri. Hal ini kerana, lain individu mempunyai kondisi yang berbeza buat kulit kepala dan juga rambut mereka.

1) Rambut Berminyak

Jika korang mempunyai masalah rambut yang berminyak, korang sebenarnya disyorkan untuk mencuci rambut korang setiap hari. Hal ini kerana, rambut akan menjadi lebih rosak jika masalah rambut berminyak dibiarkan walaupun dalam tempoh masa seminggu tanpa diambil sebarang tindakan. Jangan risau, ada je sebenarnya produk penjagaan rambut yang boleh digunakan setiap hari tanpa memeberi kesan yang buruk. Produk penjagaan rambut tersebut sudah tentulah Everyday Shampoo dan juga Everyday Conditioner daripada Faith Fleur. Bahan-bahan yang digunakan di dalamnya semua selamat. Korang patut cuba!

2) Rambut Kering

Untuk korang yang mengalami masalah rambut kering dan juga kasar, korang pula digalakkan untuk mencuci rambut korang seminggu sekali. Korang tak perlu nak basuh setiap hari sebenarnya sebab rambut yang kering tidak mengeluarkan minyak yang banyak seperti kondisi rambut yang lain. Menggunakan produk penjagaan rambut setiap hari hanya akan lebih menerukkan keadaan rambut korang sebenarnya tau. Jika korang ingin menyelesaikan masalah sebegini, korang boleh memilih untuk menggunakan Absolute Repair Shampoo dan juga Absolute Repair Conditioner daripada Faith Fleur. Sangat membantu ya!

3) Rambut Berwarna

Ada sesetengah individu sangat gemar untuk mewarnakan rambut kan. Untuk korang yang mempunyai rambut berwarna pula, korang tidak perlu mencuci rambut setiap hari. Cukup sekadar 2 hari atau 3 hari sekali. Info penting, produk penjagaan rambut yang digunakan haruslah bebas daripada sulfat. Jika penjagaan rambut korang sama macam tu, barulah rambut korang yang berwarna tu akan kekal terjaga dan sihat. Haa, mesti korang tak tau kan. Faith Fleur juga mempunyai produk penjagaan rambut yang amat khas untuk rambut berwarna. Korang boleh guna True Color Shampoo dan juga True Color Conditioner.

Ingat tau korang, tak salah sebenarnya kalau korang nak ada sendiri jadual kekerapan korang untuk basuh rambut. Tapi, korang kena ingat untuk lakukan penyelidikan terlebih dahulu tentang jenis rambut korang dan juga produk penjagaan rambut yang korang nak gunakan. Jangan nak menyesal di kemudian hari pula kalau rambut korang rosak dan tak terurus nanti. Oleh itu, cepat-cepat la dapatkan produk Faith Fleur.