Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

Banyak Faktor Boleh Jadi Punca Keguguran Rambut, Penyakit Ini Adalah Contoh-Contohnya

 

Masalah keguguran rambut merupakan masalah yang dialami oleh ramai orang di muka bumi ni. Ada yang mengalaminya secara minimal dan boleh dikawal lagi dengan memakai produk penjagaan rambut tapi ada juga yang alami masalah keguguran rambut yang sangat serius. Bukan sekadar kekurangan nutrisi di rambut dan kulit kepala, tapi sebenarnya terdapat pelbagai jenis faktor berbeza yang boleh menjadi punca utama kepada masalah keguguran rambut. Salah satu faktor utama adalah, penyakit-penyakit yang dialami oleh individu tertentu. Telah banyak berlaku yang penyakit tersebut menyumbang kepada rambut gugur.

Untuk yang tak tahu, penyakit-penyakit tersebut boleh terjadi sejak kecil dan ada yang datang kemudian selepas telah besar. Antara penyakit yang acap kali dikaitkan dengan masalah keguguran rambut adalah:

1) Alopecia Areata

Alopecia areata sebenarnya adalah satu kondisi penyakit yang terjadi apabila sistem imun badan menyerang folikel rambut. Ia kemudiannya akan menyebabkan keguguran rambut. Korang sebenarnya kan boleh kehilangan rambut di mana-mana bahagian badan korang. Ini juga termasuk kulit kepala korang, di dalam hidung korang, dan juga di telinga korang. Sesetengah orang boleh kehilangan bulu mata atau kening.

2) Rawatan Kanser

Jika korang menerima kemoterapi atau menjalani rawatan radiasi pada kepala atau leher, korang mungkin kehilangan semua atau sebahagian besar rambut dalam masa beberapa minggu selepas memulakan rawatan. Rambut biasanya mula tumbuh semula dalam beberapa bulan selepas rawatan kemoterapi atau sinaran ke kepala atau leher selesai. Pakar dermatologi boleh menawarkan ubat untuk membantu rambut tumbuh semula dengan lebih cepat.

3) Sindrom Ovarium Polikistik (PCOS)

Mungkin ramai yang tak tahu, tapi PCOS meningkatkan risiko wanita diabetes, kemandulan dan juga penipisan rambut. Ianya semua berkait rapat dengan hormon yang tidak seimbang. Selain itu, lebihan hormon pada lelaki juga boleh menyebabkan lebih banyak rambut di badan dan muka. Tambahan pula, dengan penipisan rambut pada kulit kepala.

4) Anemia

Anemia ialah sejenis keadaan yang berlaku apabila individu tersebut kekurangan zat besi. Apabila ini berlaku, ia akan menyumbang kepada masalah keguguran rambut yang kritikal. Kekurangan zat besi ini bermaksud badan tidak mempunyai sel darah merah yang sihat. Sel darah merah membekalkan oksigen kepada tisu badan. Terdapat dua jenis anemia yang berbeza termasuk iaitu anemia akibat kekurangan vitamin B12 dan juga anemia akibat kekurangan folat (asid folik).

5) Psoriasis Kulit Kepala

Ramai orang yang mempunyai psoriasis plak mengembangkan psoriasis pada kulit kepala mereka pada satu ketika. Ini boleh menyebabkan keguguran rambut. Rambut cenderung tumbuh semula sebaik sahaja psoriasis kulit kepala hilang, tetapi ini memerlukan masa. Dengan mengikuti petua pakar dermatologi, korang mungkin dapat mencegah keguguran rambut.