Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

Hapak No More, Tips Buat Rambut Wangi

Dengan cuaca yang selalu panas sekarang ni, mengekalkan rambut wangi boleh menjadi susah. Tak kisah la style rambut macam mana pon korang buat, akan tentu cepat meninggalkan bau yang hapak. Sebagai contoh adalah seperti wanita bertudung, lelaki yang kerap memakai helmet ketika menaiki motor, tempat tinggal atau pon tempat kerja yang berdekatan dengan kawasan pembinaan dan macam-macam lagi tau.

Sebenarnya, untuk memastikan rambut korang ni kekal je harum dari pagi hinggalah ke malam bukannya susah. Ada je cara tradisional dan juga ada cara yang mahal untuk korang lakukan. Apabila rambut korang sentiasa berbau wangi, secara tak langsung korang juga akan sentiasa berasa segar untuk meghadapi hari dan juga dengan penuh keyakinan. Cuba bayang, kalau korang punya rambut dah kuat sangat bau hapak. Nak berada dekat dengan orang pon dah rasa segan sebab nanti orang lain pula akan tegur. Kalau dah segan nak berada dekat dengan orang lain, nak selesaikan kerja seharian korang pon akan menjadi susah la.

Kalau korang dah rasa nak mula menjaga rambut supaya sentiasa berbau wangi, korang boleh cuba 5 tips ni. Dengan penjagaan yang konsiste, semua tips ni sebenarnya dapat bantu mengekalkan rambut wangi.

1) Menjaga Kebersihan Alat Penjagaan Rambut

Bagi ramai orang, sudah semestinya korang akan mempunyai pelbagai jenis alat penjagaan rambut yang tersendiri kan. Dengan sikat yang berbagai-bagai bentuk, pengering rambut, dan sebagainya. Sangat jarang bagi korang untuk memberi perhatian dengan alat-alat tersebut dan membasuhnya sekali-sekala sebab mungkin bagi korang takpe pon kalau tak bersihkan sebab boleh je guna lagi. Anggapan sebegitu lah yang sebenarnya salah sekali ya. Untuk pengetahuan korang, sikat berpotensi untuk menjadi sarang bakteria yang akan menyebabkan rambut korang sendiri berbau. Haa, kalau camtu rugi jelah korang mandi dan bersihkan rambut sebab bila sikat je terus jadi berbau rambut tu. Oleh itu, korang perlu ingat untuk membersihkan alat penjagaan rambutn korang selepas setiap kali penggunaan atau bersihkan sebulan sekali.

2) Cuci Rambut 2 Hari Sekali

Cara korang nampak rambut tersebut tak semestinya menandakan yang rambut itu terjaga elok ya. Kadang-kadang ada orang selalu tangguh rutin untuk mencuci dan membersihkan rambut sebab nampak macam elok terjaga lagi. Tapi, bau rambut daj hapak dan kepam dah lepas melakukan aktivit seharian. Sebabkan itu lah, korang disyorkan untuk mencuci rambut korang 2 hari sekali supaya minyak dan kotoran yang dah terperangkap dalam rambut korang tu dapat dibuang dan dibersihkan. Kalau dibiarkan lagi, memang akan automatik rambut korang terus berbau busuk sepanjang masa dan korang sendiri akan rasa tak selesa.

3) Hair Mask Faith Fleur

Memakai hair mask seperti Hair Mask Faith Fleur ni bukan sahaja membantu untuk menyelesaikan masalah rambut. Ia juga membantu untuk mewangikan rambut dalam jangka masa yang panjang. Cara penggunaannya pon senang sekali. Selepas dah syampu rambut, korang keringkan dulu rambut korang dengan tuala. Dah kering, sapu rata hair mask tu ke seluruh rambut. Kemudian tunggu selama 5-10 minit. Akhir sekali, bilas je sehingga bersih. Mudah je kan korang. Haa, sebab tu lah korang kena mula cuba guna hair mask ni dalam rutin penjagaan rambut korang.

4) Guna Minyak Rambut

Selain membantu untuk korang style kan rambut korang tu, minyak rambut juga dapat memberi kebaikan untuk mewangikan lagi rambut korang selepas rambut korang dicuci. Tambahan lagi, kelembapan rambut korang juga dapat dijaga. Takdelah cepat kering dan rosak rambut korang bila terdedah lama dengan haba.

5) Hair Mist Faith Fleur

Satu lagi produk dari Faith Fleur yang menjadi kegemaran ramai. Hair Mist Faith Fleur ni sememangya produk yang boleh mewangikan rambut korang dalam jangka masa yang lama. Haa, ingat badan je ke yang ada perfume. Rambut pon ada tau perfume dia. Hanya sembur-sembut je kat rambut korang, terus wangi. Boleh digunakan oleh kedua-dua jantina. Sesuai la untuk yang selalu berkerja di bawah sinaran matahari.