Skip to main content
Berita Terkini

SERUM INI TAK AKAN SAMA DENGAN YANG LAIN!

By 4 Julai 2022No Comments

Dalam tak sedar sudah seminggu sejak stok Hair Serum Black sampai di warehouse Kota Kemuning sebab tempahan yang diterima sangat ‘melebih-lebih’. Jika dikira termasuk yang telah membuat tempahan awal (Pre-Order) sejak bulan Oktober tahun lalu, sehingga yang dibuka baru-baru ini boleh melebihi 1,500 botol terjual.

PERBEZAAN ANTI-FRIZZ HAIR SERUM

 

Revolusi Anti-Frizz Hair Serum sangat ketara jika anda adalah followers Faith Fleur yang setia. Bayangkan sejak penubuhan Faith Fleur pada tahun 2017, sudah lebih 5 kali Anti-Frizz Hair Serum mengalami perubahan. 

Dari botol yang diletakkan sticker secara manual sehingga hari ini anda boleh lihat warna botol yang berubah 100%. Dari warna feminin pink magenta ke warna hitam yang nampak lebih elegan.

Kenapa berubah dengan pantas? Salah satu sebabnya adalah kerana kami ingin mengelakkan penghasilan produk tiruan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. 

Bukankah cara itu akan membuatkan pengguna keliru? Ya betul. Tapi kami selalu yakin mereka yang selalu menggunakan Anti-Frizz Hair Serum Faith Fleur sentiasa peka dan nampak perubahan yang dibuat. Mereka sentiasa bertanya dan ‘consistent’ mencuba walau apa jua ‘packaging’ yang kami lakukan. Mereka adalah followers kami yang setia.

Adakah Anti-Frizz Hair Serum (Black) ini berbeza dengan yang lain? Hanya ‘packaging’ yang kami tukar untuk mencuba selera pengguna kami dan memberikan mereka sesuatu yang segar setiap masa. Namun, bahan dan kandungan Anti-Frizz Hair Serum masih sama; menepati keperluan masalah rambut yang anda hadapi. 

Kali ini, Anti-Frizz Hair Serum kembali dengan 2 saiz untuk memenuhi keperluan penjagaan rambut keluarga anda. 

  • 65 ml
  • 120 ml

Kelebihan Hair Serum masih kekal sehingga kini.

  • Mengurangkan masalah rambut gugur
  • Menghapuskan kelemumur
  • Melebatkan dan melembutkan rambut
  • Membaiki rambut rosak dan kering
  • Wangian kepada rambut

Cara penggunaan juga sangat mudah. Hanya picit ke tapak tangan dan gosok, kemudian rata ke seluruh rambut dan kulit kepala. Boleh juga digunakan ketika rambut masih basah.

Ingin mendapatkan lebih banyak tips penjagaan rambut? Sertai kami di https://t.me/faithfleurlover