Skip to main content
Berita Terkini

Kenangan yang tak akan pernah dilupakan!

By 4 Julai 2022No Comments

Bila bersama dengan Keluarga Faith Fleur, pastinya wujud satu perasaan yang sukar digambarkan. Rasa sayang, rasa seronok, rasa tenang dan selesa kerana berada di samping mereka yang menyokong cita-cita kita, yang mana pada orang lain rasa ‘melebih-lebih’.

Untung buat mereka yang berjaya menghadiri Faith Fleur Circle Meeting (FFCM) yang diadakan di Langkawi baru-baru ini. Bagai nak tinggal terus di Langkawi, bukan saja kerana suasananya tapi setiap saat yang diluangkan di sana sangat berharga.

Bayangkan pada hari pertama FFCM, pengedar- pengedar telah ‘diperah’ otaknya untuk berfikir seperti ‘Minda Orang Bisnes’. Mereka perlu menganggap bisnes yang mereka lakukan sekarang ini bukan sebagai Dropship atau Agen semata-mata tapi sebagai seorang pemilik bisnes yang menjaga beribu-ribu manusia di bawah mereka.

HARI PERTAMA

Jika sebelum ini, FFCM banyak kepada Leaders untuk mengenali diri mereka dan belajar ilmu kepimpinan, kali ini mereka silap. Siapa sangka hari pertama saja mereka diajukan soalan-soalan yang pertama kali mereka dengar dan soalan-soalan itu tiada jawapan yang tepat. Semuanya menuju ke arah tujuan dan hala tuju bisnes yang mereka ingin lakukan.

Bermula dengan perbincangan ‘How To Be A Great Leader?’ sehingga sebelah petang ‘Create A Great Marketing Plan’ yang mereka ingin lakukan dalam team mereka. Keseluruhan empat topik dipadatkan dalam satu hari.

Adakah mereka lelah? Ya tapi mereka lebih bersemangat! Mana tidaknya, pengisian kali ini banyak membuka mata mereka mengenai bisnes yang mereka lakukan. Bisnes ini bukan sekadar buat sales semata-mata tapi pengurusan dan perancangan adalah antara perkara yang perlu mereka titik beratkan.

Dan rata-rata antara mereka lebih ‘excited’ untuk bawa ilmu yang mereka dapat pada FFCM kali ini kepada anak team mereka.

HARI KEDUA

Hari kedua penuh debaran. Jika semalam berkerah akal berfikir untuk team dan bisnes, hari kedua ramai pengedar menanti dengan rasa tidak sabar serta bersedia dengan apa jua aktiviti yang akan dilakukan.

Pernah lihat Puan Mariam berada di depan orang ramai mengajar?

Itu yang perlu mereka lakukan pada hari kedua. Selepas recap sesi pembelajaran hari pertama, hari kedua lebih banyak aktiviti yang lebih melibatkan fizikal. Cabaran leaders, mereka perlu berdiri di depan orang ramai dan bercakap seperti seorang Speaker yang akan berkongsi ilmu mereka.

Sekejap! Bukan berkongsi ilmu seperti yang anda bayangkan. Puan Mariam, menekan energy yang mereka perlu ada apabila menjadi seorang Speaker dari masuk dewan sehingga ke hujung sesi.

Apa yang berlaku? Task sebenar mereka adalah untuk mencipta ‘Entrance’ dengan gaya mereka yang tersendiri. Mereka perlu ada lagu yang melambangkan diri mereka dan lagu itu perlu salur ‘energy’ kepada orang lain.

Senang? Mungkin bagi mereka yang sudah biasa tapi untuk leaders kami yang kali pertama, ini adalah sesi pembelajaran yang penting buat mereka dan setiap orang yang tampil ke depan mempunyai aura yang sangat luar biasa. AMAZING!

Ada pelbagai lagi aktiviti yang dilakukan pada hari kedua yang sangat membantu leaders dalam membentuk diri mereka serta tetapkan hala tuju bisnes mereka. Kami pasti banyak Ahaa yang berjaya mereka dapat dalam 2 hari sesi ini.

Faith Fleur Circle Meeting (FFCM)

FFCM adalah sebuah seminar yang diadakan oleh pihak Ctymary untuk membantu pengedar-pengedar yang mencari rezeki bersama kami. Tujuan utama FFCM adalah untuk memberi panduan dan membantu mereka dari segi ilmu bisnes dan pengurusan dalam memajukan pernaigaan mereka.

Program ini diadakan setiap 3 bulan dan bulan September ini kami bercadang untuk ke Bali, Indonesia.

 

Sertai kami sebagai dropship di http://www.hidupsenangbersamafaithfleur.com