Bayangkan selepas seminggu bertungkus-lumus dengan kerjaya, hari minggu adalah hari yang terbaik untuk melepaskan semua lelah yang ada. Kalau dapat sedikit masa untuk diri sendiri, hanya untuk kembalikan semangat baru dan lahirkan aura yang luar biasa terhadap kerjaya. Contohnya ke salon kecantikan.
Tapi, salon kecantikan bakal memakan kos yang sangat tinggi.
Bagi kami di Faith Fleur, kami ada cara tersendiri untuk membuatkan hujung minggu anda lebih bermakna. Hanya dengan sedikit masa yang anda luangkan ketika mandian boleh mengubah ‘mood’ anda.
HAIR MASK FAITH FLEUR
Hair Mask adalah satu produk yang sangat menjadi idaman ramai kerana kesannya terhadap rambut. Setiap kali penggunaan, pemakai akan merasai kesejukan di kulit kepala kerana kandungan mentol didalamnya. Kerana itulah, si ‘moody’ boleh bertukar ceria selepas penggunaannya.
Bagi mereka yang mengalami masalah rambut rosak akibat bahan kimia atau suka mewarnakan rambut, Hair Mask antara yang perlu ada pada senarai produk penjagaan rambut anda.
Hair Mask mampu melindungi rambut berwarna anda. Biasanya mereka yang kerap mewarnakan rambut akan mengalami masalah rambut kering sehingga gugur. Tapi, dengan adanya Hair Mask, rambut anda akan nampak sihat dan warna pada rambut akan lebih menyerlah. Rambut kering? Bukan lagi masalah.
Selain itu, jika perapi hanya boleh melembutkan rambut, Hair Mask pula boleh menampakkan rambut lebih sihat dan cantik kerana sifat ‘deep-conditioning’. Nak rambut rosak kembali pulih? Nak warna rambut nampak lebih menarik? Atau inginkan kulit kepala yang sihat? Hair Mask adalah jawapannya.
Tapi, bolehkah Hair Mask dipakai setiap hari?
Hair Mask Faith Fleur hanya perlu dipakai sekali seminggu sahaja. Jika anda memiliki rambut yang rosak sehingga berlaku keguguran rambut yang teruk akibat bahan kimia, kami cadangkan untuk menggunakannya dua hingga tiga kali seminggu.
Antara kelebihan lain untuk Hair Mask:
- Merawat rambut rosak.
- Memperbaiki setiap helaian rambut.
- Memberi nutrisi kepada rambut.
- Meningkatkan kualiti rambut.
Untuk anda yang mencari cara yang sesuai untuk menebalkan rambut, Hair Mask adalah jawapannya. Kandungan Wheat protein membantu menebalkan rambut selain kandungan minyak badam boleh menguatkan rambut.
Pastikan rahsia Rambut Lebat dan Cantik telah terbongkar. Dapatkan segera untuk hujung minggu yang lebih segar.
Ingin mendapatkan lebih banyak tips penjagaan rambut? Sertai kami di https://t.me/faithfleurlover