Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

Biotin untuk Rambut Lebat dan Cantik

By 8 Jun 2022Jun 13th, 2022No Comments

Jika anda mengalami masalah rambut gugur, ini bacaan yang perlu anda teruskan kerana ada rahsia dalam penjagaan rambut yang perlu anda tahu untuk melenyapkan masalah itu.

‘Bahan’ yang akan kami kongsikan ini dipercayai mampu memulihkan rambut anda dan telah terbukti berkesan dalam membantu wanita menghilangkan keresahan rambut mereka.

BIOTIN, adalah sejenis vitamin yang termasuk dalam rawatan rambut gugur. Turut dikenali sebagai Vitamin B7 atau Vitamin H. Bunyi remeh bukan? 

Sebenarnya kekurangan biotin boleh menganggu metabolisme badan terutamanya rambut tambahan buat ibu yang mengandung.

Biotin juga dalam terma rambut dikenali sebagai ‘protein’ yang mana penting dalam pertumbuhan rambut baru. Itu antara punca rambut anda mampu tumbuh dengan lebat kerana kandungan protein yang tinggi melalui biotin.

Selain itu, ada beberapa lagi manfaat biotin yang perlu anda tahu.

1 – Merawat kulit kepala.

2 – Menjaga kesihatan akar rambut.

3 – Melindungi helaian rambut.

4 – Mengilatkan rambut.

5 – Menjadikan rambut lebih kuat.

 

Banyak kan fungsi Biotin kepada rambut kita? Jadi pastikan produk penjagaan rambut anda mengandungi biotin bagi mereka yang mengalami masalah rambut gugur.

 

Ingin mendapatkan lebih banyak tips penjagaan rambut? Sertai kami di https://t.me/faithfleurlover