Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

SUAMI LARI! PUNCA HANYA RAMBUT

By 4 Julai 2022No Comments

OMAIGAD! Susahnya menjadi perempuan. Semuanya perlu dijaga. Baik wajahnya, kulitnya dan ada satu yang kerap mereka lupa, rambut mereka. Alkisah, ini bukan kali pertama kami terima pandangan yang menyatakan rambut untuk wanita hanya penting jika ‘dia’ seorang yang freehair. YOU ARE TOTALLY WRONG!

Perkongsian seorang sahabat apabila tahu encik suami lari untuk tidur sekatil hanya kerana masalah rambut gugur yang dialaminya sejak di bangku sekolah lagi, buatkan wanita ini panas hati. 

Kita umpamakan wanita ini Mona. Mona sebenarnya sudah mengalami masalah rambut gugur sejak sekolah akibat daripada perubahan hormon dirinya. Ditambah pula dengan ketiadaan informasi atau panduan penjagaan rambut sebenar membuatkan Mona hentam kromo dalam penjagaan rambut. Lagipun bukan ada sesiapa yang dapat melihat rambut Mona.

Sekali bila Mona sudah mempunyai suami, masalah yang dianggap kecil ini menjadi tidak terkawal. Masakan Mona ditinggalkan sendirian setiap malam sedangkan diri sudah punya suami. Jadi, Mona mula dengan misi baru. 

Misi ‘confront’ dengan encik suami.

Maka berjaga lah si Mona menunggu kepulangan suami tercinta. Sambil menunggu, terlelap juga si Mona dua tiga kali sampai dia terbangun kerana bunyi kereta encik suami memasuki ruang tempat letak kereta rumah mereka.

TERPERANJAT encik suami! Ingat si Mona sudah lama dibuai mimpi, sekali Mona yang terpacak di hadapan pintu rumah. Yang kelakar, suami Mona kelam kabut ambil penyepit baju untuk menutup hidungnya. Nak kata Mona tak mandi, Mona paling lama di bilik air setiap hari. 

Maka, merajuklah hati dan bahang kemarahan mula menguasai Mona. Mona bersedia untuk mengistihar perang dengan encik suami. Tidak kisah apa juga yang berlaku, Mona terima dan redha.

Ini kali pertama mereka bergaduh selepas beberapa bulan mereka mendirikan rumah tangga. ‘Aduh, singkat sungguh usia perkahwinan ku. Menjanda aku selepas ini’, bisik Mona dalam hati. 

Mona dan suami berada di sofa empuk rumah mereka. Mona berdiam diri. Dari hujung mata nampak benar suami Mona tidak selesa duduk dengannya. Mona tidak tunggu lama. Di tanya soalan yang telah lama membuku di jiwa sambil air mata laju berjurai menunggu jawapan encik suami.

“Kenapa abang menjauh dari Mona? Abang curang belakang Mona?”

Suami Mona masih berdiam diri. Tangan kiri sudah tutup hidung dan mulut seolah-olah menahan bau busuk yang teramat sangat. Lagi tergurislah hati si Mona. 

Air mata umpama hujan, tidak henti-henti menunggu jawapan encik suami. Kesian dengan keadaan isteri, encik suami mula berkata-kata sambil tangan masih menutup hidung dan mulut.

“Awak jauh sikit.” 

Ditolak Mona supaya berdiri.

“Rambut awak tu. Busuk lah. Berbau sangat. Dah lah rambut gugur bersepah. Bau rambut awak penuh dalam bilik kita. Awak ingat saya tahan bau rambut awak tu? Hidung saya ni sensitif. Kang sepanjang hari saya bersin tak kena tempat. 

Cubalah jaga rambut awak tu. Bercinta dulu elok je saya tengok. Sekarang ni makin menjadi-jadi pulak. Nasib baik belum ada anak, kalau ada lepas tu ikut perangai awak pula, habis saya dibuatnya”

Bertubi-tubi ‘pujian’ yang encik suami berikan sampai si Mona ni terdiam. Air mata tadi jadi kering sebab terkelu dek ‘pujian’ yang tidak berhenti.

Lah ingat si Mona hanya ada masalah rambut gugur. Rupanya banyak lagi masalah lain macam rambut kepam, kering, berbau dan banyak lagi.

Untuk anda yang telah menhabiskan cerita ini, takkan nak biarkan suami cari lain sebab rambut kita yang berbau kepam tu. Nanti nak pegang tangan pun suami malu. Ambil pengajaran ya.

Kisah ini tiada kena mengena antara hidup atau sudah meninggal dunia. Cerita ini hanya rekaan semata-mata untuk tujuan pengajaran.

 

Ingin lebih banyak informasi mengenai penjagaan rambut? Sertai kami di https://t.me/faithfleurlover