Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

KHASIAT TEH HIJAU UNTUK RAMBUT

By 8 Januari 2019September 7th, 2020No Comments
Bila bercakap mengenai green tea, ini bukan lah green tea yang anda order frappe di Starbucks, atau aiskrim green tea yang anda order di Family Mart, atau KitKat perisa green tea. Itu semua perasa. Ini green tea sebenar, pahit!
Related image
Untuk pengetahuan am, teh hijau dan teh biasa sebenarnya berasal dari pokok teh yang sama. Cuma proses sahaja yang berbeza. Teh hijau adalah rasa teh yang original. Pahit.
Tapi, pahit itulah ubat kan?
Related image
Teh secara amnya, mempunyai antioksidan yang tinggi yang bukan sahaja bagus untuk tubuh, tapi bagus untuk rambut. Dan juga bahan semulajadi seperti tannin, polyphenol, vitamin A, B1, B2, B3, C dan E. Serba lengkap. Semua bahan ini mampu merawat masalah rambut seperti gugur, kering, kusam, berbau, bercabang dan kelemumur.
Related image
Keajaiban teh hijau juga adalah mampu mengurangkan penghasilkan hormon dihidrotestosterone (DHT) yang menjadi punca kepada rambut gugur. Kehadiran antioksidan boleh mengurangkan stress. Dan secara tidak langsung, rambut akan kurang gugur kerana stress adalah salah satu punca keguguran rambut.
Bagaimana untuk menggunakan teh hijau untuk menguatkan rambut anda?
  1. MINUM
    Ya, minum teh hijau. Sudah terbukti dalam banyak kajian mengatakan, pahit teh hijau itu sangat bagus untuk kesihatan. Jika tubuh badan sihat, bahagian lain juga turun sihat. Aliran darah bertambah lancar, sekaligus memastikan rambut sentiasa menerima nutrisi yang secukupnya.
    Untuk mendapatkan khasiat teh hijau dengan betul, elakkan bercampur gula. Jika anda tidak mampu menelan kepahitan teh hijau, bolehlah mencampurkan sedikit madu. Yang penting, bukan dengan gula
    Image result for green tea for hair
  2. MASKER
    Haaa dah minum teh hijau kan? Hampas atau serbuk teh tu jangan dibuang. Boleh dijadikan masker untuk rambut anda! Dan kami percaya, ini bukan kali pertama anda dengar tentang khasiat hampas teh. Caranya mudah sahaja
    a) Pecahkan beg uncang teh, keluarkan serbuk
    b) Letakkan serbuk didalam satu mangkuk
    c) Tambahkan dua sudu minyak zaitun
    d) Gaul sebati
    e) Sapu diatas rambut
    f) EXTRA – Cuci serbuk dirambut dengan air teh hijau juga untuk kesan yang lebih berkesan
    Related image
Amalan pengambilan teh hijau ini bukan lah sesuatu yang baru, sudah diamalkan dari nenek moyang kita lagi. Jadi, jika anda belajar sesuatu dari artikel ini, boleh la mulakan bermula hari ini

Leave a Reply