Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

SUKA TIDUR DENGAN RAMBUT BASAH? Ini 5 Fakta yang WAJIB anda tahu!

By 2 Julai 2021No Comments

Rata-rata kita sudah terbiasa dengan tidur dalam keadaan rambut yang basah tetapi tidak menyedari kesulitan yang bakal mereka alami apabila kerap berbuat demikian.

Tidur dalam keadaan rambut yang basah boleh menjadi punca kedatangan penyakit berbahaya atas faktor pengabaian kebersihan diri.

Hari ini, kami ingin berkongsi dengan anda fakta-fakta yang perlu anda tahu sebelum tidur dengan rambut yang basah.

Tidur dalam keadaan rambut yang basah boleh menggangu kesihatan tubuh badan anda. Siapa sangka tindakan kecil kita ini boleh mengundang beberapa penyakit antaranya sakit kepala. Penyakit ini boleh berlaku kerana suhu badan kita adalah lebih tinggi ketika tidur manakala kepala pula berada dalam suhu yang sejuk. Perbezaan suhu ini menyebabkan anda akan terasa sakit kepala dan lenguh di sekitar leher.

Kegatalan juga menjadi salah satu perkara yang boleh terjadi sekiranya anda tidur dengan rambut yang basah. Kegatalan itu berpunca daripada pertumbuhan cendawan atau kulat di kulit kepala. Siapa yang selesa tidur dalam keadaan kulit kepala yang gatal kan? Keadaan kulit kepala yang memiliki kulat akan menbuatkan anda tidur dalam ketidakselesaan dan tidak nyenyak selain ditambah rasa gatal yang berterusan.

Lebih parah bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitif. Tidur dengan rambut yang basah boleh menyebabkan elergik dan selsema. Tidur dalam keadaan rambut yang masih basah boleh menyebabkan perubahan suhu yang mampu melemahkan sistem tubuh kita. Ditambah pula dalam keadaan rambut yang basah itu, anda memilih untuk tidur di ruangan yang mempunyai pendingin hawa. Secara tak langsung anda menjadi pencetus kepada elergik dan selsema kesan daripada sistem imuniti yang rendah dalam tubuh badan.

Jangkitan kulit kepala. Tidur dalam keadaan rambut yang basah dan baring di atas bantal boleh menyebabkan kehadiran bakteria pada rambut dan kulit kepala. Keadaan ini boleh menyebabkan iritasi pada kulit kepala anda. Nota Penting! Keadaan lembap pada rambut dan kulit kepala boleh menyebabkan jangkitan di kawasan sekitarnya.

Itulah sebabnya anda tidak digalakkan sama sekali untuk tidur dalam keadaan rambut yang basah. Rambut yang basah ini boleh menjadi pencetus kepada penyakit-penyakit lain tidak termasuk penyakit yang berkaitan dengan rambut atau kulit kepala. Jadi, selepas ini pastikan rambut anda kering terlebih dulu sebelum tidur.

Perlukan nasihat dalam penjagaan rambut? Hubungi kami sekarang!