Masyarakat India seolah-olah mempunyai rahsia yang diwarisi turun temurun. Mereka semua memiliki kemegahan rambut yang panjang, tebal dan bersinar sihat. Ada kalanya, rambut mereka masih hitam pada usia tua!
Hairan, bukan? Sementara ada yang berpendapat rambut cantik sihat ini datang dari keturunan mereka, tetapi sebenarnya rutin dan penjagaan rambut mereka itu kita patut belajar.
-
Wanita India tidak membasuh rambut mereka setiap hari. 2-3 kali seminggu sudah memadai. Jadi, rambut dan kulit kepala mereka akan melalui proses perminyakan natural. Minyak semulajadi pada rambut mampu menjadi pelindung kepada cuaca terik, udara kering, asap, debu dan kotoran.
-
Wanita India tidak menggunakan pengering rambut. Mereka memilih untuk mengeringkan rambut menggunakan udara semulajadi. Jika terlalu sejuk, anda boleh melilit tuala di kepala.
-
Wanita India tidak menggunakan sikat yang diperbuat daripada besi, getah atau plastik. Mereka memilih sikat yang diperbuat dari kayu.
-
Wanita India tidak mendandan rambut mereka berlebihan. Tiada sanggul, tiada ikatan ketat. Mereka hanya mengikat rambut secara longgar menggunakan bahan semulajadi, bukan getah atau plastik.
Jika anda ingin mengamalkan rutin masyarakat India sepenuhnya, anda perlu berkenalan dengan 3 herba terkenal ini: Amla, Reetha dan Shikakai. Banyak kedai jamu menjual pati dari herba ini yang terbukti mampu memberikan 1001 manfaat kepada rambut anda.
Hampir semua wanita India mengamalkan rawatan rambut berasaskan Amla, Reetha dan Shikakai. Ketiga-tiga bahan ini dicampurkan untuk melembutkan rambut, mengurangkan keguguran rambut, melambatkan proses penuaan rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru. Bahan-bahan ini sangat mudah didapati dah sangat mudah digunakan. Anda boleh menghasilkan shampoo buatan sendiri dari bahan ini.
Mari kenali ketiga-tiga herba ini!
-
AMLA
Amla (gooseberry) adalah sejenis berry yang mengandungi antioxidan yang paling tinggi. Antioxidan mampu merawat sel rambut dan melindungi sel rambut yang sedia ada daripada rosak. Sel rambut berkait rapat dengan proses penuaan dan uban.
-
REETHA
Reetha (soapnut) mengandungi galian zat besi untuk mengukuhkan akar rambut anda untuk mengurangkan kadar keguguran rambut
-
SHIKAKAI
Shikakai (acacia concinna) juga kaya dengan vitamin C dan antioxidan untuk memastikan rambut anda sentiasa terhidrat dan lengkap nutrisi
Mereka mencampurkan ketiga-tiga bahan ini bersama santan untuk dijadikan shampoo. Inilah rahsia turun-temurun untuk mendapatkan rambut sihat panjang sehingga pinggang. Santan adalah pelembap semulajadi untuk rambut tanpa menganggu pH dan minyak pada rambut. Cukup mujarab jika diaplikasikan pada rambut kering, gugur, kasar dan kelemumur.
Untuk artikel seterusnya, kami akan berkongsi 7 resepi lengkap menggunakan Amla, Reetha dan Shikakai untuk merawat masalah rambut secara individu. Dapat manfaat dari artikel ini? Kongsikan!