Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

Warna Kulit Dan Mewarnakan Rambut, Kombo Ni Yang Perlu Korang Cuba

Pada zaman serba moden kini, trend mewarnakan rambut makin mendapat banyak sambutan oleh ramai orang. Sambutan sebegini diraikan terutama sekali oleh generasi Millenial yang berfikiran terbuka serta generasi-generasi yang lain. Terdapat pelbagai sebab dan alasan yang menjurus individu-individu tersebut untuk mengambil keputusan mewarnakan rambut mereka. Haa, bukan sebab nak ikut trend sahaja tau.

Antara sebab-sebab yang paling banyak digunakan untuk mengambil keputusan mewarnakan rambut adalah seperti mengikut trend masa kini, ingin menutup uban yang tiba-tiba tumbuh sedangkan umur masih lagi muda, pengaruh rakan sebaya, dan juga macam-macam lagi. Apa pon alasan untuk korang mewarnaka rambut, ada satu perkara penting yang perlu korang ingat sebelum korang memilih warna yang korang inginkan untuk warna rambut tu. Korang perlu tahu warna rambut apa yang sesuai untuk gaya rambut dan juga mengikut tona kulit korang sendiri. Jangan semborono sahaja bila memilih warna rambut tu tau.

mewarnakan rambut

Untuk mendapatkan gambaran yang mudah secara keseluruhan tentang warna rambut yang sesuai dengan warna kulit korang, sebaiknya dimulakan dengan menentukan tona di bawah permukaan kulit korang. Dengan mengetahui di mana korang berada dalam spektrum ini dan memilih warna rambut untuk melengkapkan tona ini, ia akan memberikan korang hasil yang terbaik dan juga warna terang yang meningkatkan keseluruhan penampilan korang. Haa, nanti takdelah korang jadi menyesal dengan pilihan warna rambut yang korang pilih tu. Bila puas hati, baru la dapat menggayakan rambut dengan keyakinan diri yang tinggi.

Warna Kulit Dan Pilihan Untuk Mewarnakan Rambut

1) Individu berkulit cerah

Jika korang tergolong dalam kumpulan individu yang berkulit cerah dan tona di bawah permukaan kulit yang sejuk, ini bermakna kulit korang kebiasannya mengandungi tona di bawah permukaan kulit berwarna pink, biru atau merah. Ketika korang ingin memilih warna rambut yang baru, pastikan untuk memilih warna yang dapat membantu untuk mengurangkan warna kemerahan yang terdapat pada kulit korang. Salah satu pilihan rambut yang korang boleh pilih adalah seperti warna ‘Golden Blonde’ atau mana-mana warna yang redup. Haa, barulah warna rambut korang tu tak membuatkan kulit korang kelihatan terbakar.

Untuk korang yang tergolong dalam kumpulan individu yang berkulit cerah dan tona di bawah permukaan kulit yang redup, membawa maksud yang kulit korang selalunya mempunyai tona di bawah permukaan kulit berwarna kuning atau jingga. Dalam pemilihan warna, korang perlu memilih warna rambut yang sejuk dan mengandungi tona warna yang agak kemerah-merahan. Contohnya, warna rambut yang seperti ‘Strawberry Blonde’ atau ‘Rich Golden Brown’ yang dapat memberikan korang penampilan yang lebih sihat dan semulajadi.

2) Individu berkulit gelap

Jika korang ialah individu yang berkulit gelap tetapi mempunyai tona di bawah permukaan kulit yang redup, korang perlu memilih warna rambut yang dapat memberikan sedikit kontra pada warna kulit korang tu. Jangan pula memilih warna rambut yang betul-betul sama dengan warna kulit korang. Hal ini kerana, segala ciri istimewa yang terdapat pada muka korang tidak akan dapat dilihat lagi. Oleh kerana itu, korang boleh memilih warna seperti ‘Soft Golden Brown’ dan yang seakan-akan dengannya supaya ia dapat menyerlahkan lagi ciri kecantikan yang korang sudah ada secara semulajadi.

Kepada korang yang berkulit gelap tetapi mempunyai tona di bawah permukaan kulit yang sejuk, warna yang sesuai untuk korang gayakan pada rambut korang adalah seperti warna-warna yang sejuk. Sebagai contoh, warna yang dikenali sebagai ‘Soft Red Browns’ atau pon ‘Icy Dark Browns’ untuk menyerlahkan lagi ciri-ciri cantik yang terdapat pada mata dan juga muka korang sendiri. Baru la dapat menonjolkan lagi kecantikan semulajadi yang korang miliki.