Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

5 MAKANAN SIHAT UNTUK RAMBUT ANDA

By 29 Jun 2018September 7th, 2020No Comments
Selain dari produk luaran untuk menyihatkan rambut anda, faktor dalaman juga memainkan peranan penting untuk merawat rambut anda dari dalam. Faktor dalaman ini berkait rapat dengan permakanan anda seharian. Antara makanan yang diyakini mampu memberikan banyak manfaat untuk rambut anda ialah telur, daging, susu, sayur, ikan dan kekacang. Semuanya anda boleh dapat di sekeliling anda sahaja.
Jadi mari kita kupas apa manfaatnya untuk rambut anda!

Kuning telur

  • TELUR
  1. Campurkan putih telur dan minyak zaitun, sapukan ke kulit kepala. Mampu merawat rambut kering dan bercabang.
  2. Kacau putih telur sehingga mengeluarkan buih. Sapu buih tersebut ke kulit kepala. Mampu melebatkan dan melembutkan rambut serta mudah disisir.

Kekacang

  • KEKACANG
  1. Kaya dengan Vitamin E untuk menyihatkan kulit kepala dan akar rambut.
  2. Mineral semulajadi dan zat galian yang terdapat didalam kacang sangat bagus untuk akar rambut.

Ikan Salmon

  • OMEGA 3
Apa itu Omega 3? Omega 3 adalah jenis lemak tak tepu yang baik untuk badan. Ia sangat diperlukan tubuh tapi tubuh tak boleh menghasilkan sendiri. Jadi kita perlu mengambilnya daripada sumber makanan dan juga suplemen Omega 3. Terdapat tiga jenis asid lemak Omega 3 yang penting iaitu ALA, EPA dan DHA.
Omega 3 juga bermanfaat untuk rambut. EPA dan DHA membantu menguatkan dan menyihatkan rambut sekaligus membantu masalah rambut kering, rapuh, kelemumur, kulit kepala gatal-gatal.
Omega 3 banyak terdapat di ikan terutamanya ikan salmon.

Bayam hijau

  • SAYUR HIJAU
Bayam hijau boleh membantu untuk menebalkan rambut. Bayam kaya akan kandungan vitamin K, A, C, B1, B2, B6 dan vitamin E. Dan juga magnesium, zat besi, zink, dan omega 3 untuk rambut anda. Nutrisi ini membantu menjaga kesihatan kulit kepala untuk mengelakkan rambut rapuh dan bercabang.
Bayam juga mengandungi antioksidan yang membantu menghalang rambut anda dari cepat rapuh dan kering. Vitamin B dan C juga dapat mempercepat pertumbuhan rambut dengan meningkatkan penghasilan kolagen dan keratin pada rambut.

Beri

  • BLUEBERRY
Kandungan dalam buah blueberry seperti antioksidan dan vitamin C dapat membantu untuk mencegah rambut kering dan bercabang. Vitamin B juga dapat membantu pertumbuhan rambut, meningkatkan kadar oksigen dan peredaran darah terutamanya di kulit kepala.
Buah blueberry memiliki vitamin B12 yang berkhasiat untuk membantu dalam melambatkan pertumbuhan uban pramatang dan penuaan rambut. Ini dapat mempertahankan rambut agar sentiasa tebal untuk tekstur rambut. Kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan anda mengalami masalah anemia pernisiosa atau rendah sel darah merah.

Serum

  • SERUM FAITH FLEUR
Jika permakanan anda semua terjaga dengan baik, boleh gunakan Serum Faith Fleur untuk menguatkan rambut anda dari hujung ke akarnya. Hanya berharga RM15, padat dengan manfaat minyak zaitun dan vitamin E. Boleh digunakan sehingga 60 hari dan kesan seawal 10 hari!
Hanya sapu di rambut anda selepas mandi. Mudah sahaja.
Dapatkan dengan agen anda yang berhampiran di www.faithfleur.my/agen. Klik dan terus ke whatsapp!

 

Leave a Reply