Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

6 PUNCA RAMBUT BERCABANG

By 2 Julai 2018September 7th, 2020No Comments
Bagi wanita, rambut adalah mahkota dan salah satu sumber kecantikan pada diri mereka. Tak ramai yang mengalami masalah rambut bercabang tetapi mereka menunggu waktu rawatan sehingga masalah menjadi kronik. Masalah rambut bercabang yang kronik memerlukan waktu yang lama untuk merawatnya. Namun, kenapa perlu merawat jika boleh mencegah?
Mari kita baca apa punca rambut bercabang ni..
  • KEKURANGAN VITAMIN
Kekurangan vitamin akan menyebabkan masalah-masalah pada rambut, salah satunya adalah rambut bercabang. Kekurangan vitamin dalam tubuh akan berkait pada lapisan luar rambut. Lapisan ini berfungsi untuk mengikat serat-serat rambut dan memberikan vitamin berterusan. Jika tubuh tidak mampu menghasilkan vitamin yang secukupnya, lapisan ini akan menjadi lemah dan tidak lagi kuat untuk mengikat serat rambut. Akibatnya rambut menjadi pecah hingga menjadi bercabang.

Keguguran rambut yang kronik

  • USIA RAMBUT
Ketika rambut sudah semakin tua, dengan salah satu petandanya adalah rambut akan lebih mudah rosak jika tiada langkah penjagaan intensif. Lebih-lebih lagi rambut yang dibiar panjang, hujungnya akan lebih berisiko tinggi untuk mengalami masalah rambut bercabang.
  • HAIRDRYER
Hairdryer atau pengering rambut fungsinya adalah mengeringkan rambut yang lembap dan meluruskan rambut. Namun jika anda terlalu kerap menggunakan hairdryer, beberapa kesan sampingan akan terjadi pada rambut anda. Gunakan hairdryer secara berkala, 4-5 kali seminggu dan elakkan suhu terlalu panas untuk mengelakkan rambut bercabang.

Masalah rambut bercabang yang kronik boleh menyebabkan anda tertekan

  • BAHAN KIMIA BERBAHAYA
Produk-produk rambut seperti hair spray, rebonding dan produk lainnya juga boleh menyebabkan kerosakan rambut yang kronik. Antara yang sering berlaku ialah rambut bercabang. Jika produk tersebut mempunyai Parabens dan SLS, berkemungkinan tinggi rambut anda akan mudah rosak. Dua bahan kimia tersebut adalah bahan normal didalam produk rambut, namun tidak ramai mengetahui bahaya bahan kimia ini.
  • CUACA
Ketika cuaca panas dan kita terlalu lama di luar tanpa ada pelindung kepala, rambut anda akan terdedah terus dengan sinaran UV matahari. Cahaya matahari tidak berbahaya umumnya, tetapi jika anda terdedah terlalu lama, rambut akan menjadi kering dan bercabang.

Tiada penawar untuk rambut bercabang jika langkah pencegahan dari anda

  • TABIAT HARIAN
Antara tabiat harian yang menyumbang faktor kepada kerosakan rambut anda, ialah mengelap rambut dengan kasar selepas mandi. Rambut yang basah ini sensitif. Gosokan yang kasar akan menyebabkan rambut bercabang di hujungnya. Selain itu, tabiat menyikat dengan kasar ketika rambut kusut juga dapat menyebabkan rambut semakin bercabang.
Sebenarnya, semua masalah diatas ini boleh diatasi dengan menggunakan produk pelindung yang bebas bahan kimia berbahaya iaitu Serum Faith Fleur. Dengan hanya RM15, rambut anda kini mempunyai pelindungan extra dari kerosakan rambut. Serum Faith Fleur boleh digunakan sehingga 60 hari dan seawal 10 hari!

Serum Faith Fleur

Hanya sapu di rambut anda selepas mandi. Mudah sahaja.
Dapatkan dengan agen anda yang berhampiran di www.faithfleur.my/agen. Klik dan terus ke whatsapp!

Leave a Reply