Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

CARA-CARA MEMBASUH RAMBUT DENGAN BETUL YANG RAMAI TIDAK TAHU!

By 28 Februari 2021Julai 2nd, 2021No Comments

Ramai antara kita membasuh rambut mengikut hari atau kebiasaan, namun ramai yang tidak tahu cara yang betul untuk membasuh rambut. Membasuh rambut dengan cara yang betul memberi kesan kepada kesihatan rambut kita.

Jadi antara cara membasuh rambut dengan betul ialah:

1) Meleraikan rambut yang kusut.
Bagi yang mempunyai rambut panjang, meleraikan rambut dari ikatan dan kusut sebelum membasuh rambut akan memudahkan diri anda. Bukan itu sahaja, apabila rambut kita basah, ia akan menyukarkan kita untuk meleraikan rambut. Rambut yang basah sebenarnya lebih rapuh dan senang terputus.

2) Bilas rambut terlebih dahulu.
Sebelum membasuh rambut anda dengan shampoo, bilas rambut anda dengan air dalam tempoh seminit. Elakkan menggunakan air panas kerana boleh membuatkan rambut jadi kering.

3) Gunakan air suam

Menggunakan air suam sebelum dan selepas menggunakan shampoo membantu membuka pori di kulit kepala. Sebelum meletakkan perapi rambut di kepala, pastikan bilas rambut dengan air suam.

4) Gunakan Perapi pada rambut

Perapi rambut membantu untuk melembutkan kulit, jadi selepas membasuh rambut dengan syampu, bilas dan kemudian gunakan perapi. Bilas perapi rambut selepas 1-2 minit.

5) Urut kepala
Sambil syampu rambut, urut kepala anda menggunakan jari dari depan ke belakang dan kebelakang ke hadapan. Ulang langkah tersebut untuk beberapa minit.

Adakah anda membasuh rambut anda dengan cara yang betul? Jika tidak, jom ubah cara membasuh rambut anda kepada cara yang betul agar rambut tumbuh dengan sihat dan kekal cantik setiap hari.