Skip to main content
Berita Terkini

PELUANG KEEMASAN! JOM JANA PENDAPATAN TANPA MODAL DENGAN FAITH FLEUR

By 10 Mac 2021Julai 2nd, 2021No Comments

Ramai dalam kalangan masyarakat kita hari ini dihantui masalah kewangan dek kerana karier peribadi yang telah terjejas disebabkan pandemik Covid-19. Namun, tahukah kamu bahawa masih ada peluang untuk kita menjana pendapatan dengan mudah sekaligus tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal?

Menariknya program dropship sebagai Buddies Faith Fleur ini, para pengedar bisa mendapatkan faedah dengan mencapai target income yang diimpikan bahkan, berpeluang menimba ilmu perniagaan secara percuma.

KELEBIHAN MENJADI PENGEDAR BUDDIES FAITH FLEUR

  1. Pendaftaran Percuma

Bagi menggalakan lebih ramai individu terutamanya golongan anak muda yang berhajat untuk berjinak-jinak dengan perniagaan, kami tidak meletakkan sebarang yuran buat sesiapa yang mahu menjadi pengedar di bawah jenama rangkaian penjagaan rambut Faith Fleur. Tak perlu keluar modal tapi masih mendapat keuntungan? Syoknya!

  1. Latihan Disediakan

Usah khuatir, kami bakal sediakan latihan intensif buat pengedar-pengedar baru agar mampu menguruskan peniagaan secara sistematik. Bak kata pepetah, “Tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahat”. Barisan pelatih kami adalah sangat berpengalaman dan sudah siap memberi tunjuk ajar secara professional buat kamu.

  1. Semakin Rajin Berniaga, Semakin Tinggi Komisyen

Jika kamu bijak merangka strategi, kamu boleh mendapat keuntungan berlipat kali ganda! Komisyen adalah merangkumi 15% daripada harga produk. Sudahlah tak perlukan modal, sesuai sangat untuk menjana pendapatan sampaingan. Student pun boleh join sebagai pengedar! Paling penting, pengedar tak perlu simpan stok jadi memang tak akan rugi pun.

  1. Waktu Yang Fleksibel

Waktu PKP ni memang ramai yang berkerja dari rumah, tidak ketinggalan suri rumah dan sesiapa yang mahu membangunkan semula karier baharu sebagai usahawan. Buddies Faith Fleur boleh menjalankan perniagaan secara atas talian pada bila-bila masa dan dimana jua. Memang senang berkerja tanpa perlu terikat dengan masa ni kan?

  1. Bahan Pemasaran Disediakan

Jika hendak berniaga secara atas talian, strategi pemasaran perlulah kena. Daripada poster iklan hinggalah ke video promosi, semuanya akan disediakan oleh pihak Faith Fleur. Tugas pengedar cuma perlu mencari seramai pelanggan yang boleh dan jalankan jualan produk secara aktif dengan memanfaatkan bahan pemasaran yang dikongsikan. Mudah bukan?

  1. Sokongan Kumpulan

Bagi memastikan matlamat serta target para pengedar selari dengan moto dan visi Faith Fleur, kami turut menawarkan support group dari masa ke masa bagi memastikan motivasi dan semangat kental para pengedar sentiasa berada di tahap tertinggi. Jadi, jangan malu dan takut untuk sertai keluarga besar empayar Faith Fleur. Support system is the key!

Nah, tunggu apa lagi? Tak perlu modal, pengalaman mahupun kedai fizikal, ayuh sertai program pengedar Buddies Faith Fleur hari ini! Kalau nak cari duit lebih lekas WhatsApp ke nombor ini untuk mendaftar [Cik Azura – 011-16925068]

Psst, jangan lupa ajak kawan-kawan sekali okay?!