Kebiasannya, kita akan selalu dengar yang kutu rambut ni hanya terjadi pada kanak-kanak sahaja kan. Rasa-rasa kenapa ya macam tu? Adakah disebabkan penjagaan kebersihan rambut kanak-kanak tersebut yang tidak sempurna? Atau persekitaran kanak-kanak yang menyebabkan kutu rambut tersebut membiak luas? Walau apa pon sebabnya, ibu bapa harus mempunyai ilmu yang mencukupi untuk mengawal masalah kutu rambut yang dialami oleh anak-anak mereka supaya masalah tersebut tidak menjadi lebih teruk dan memberi kesan kepada yang lain.
Sebelum mengetahui cara untuk mencegahnya, mari kita kenali dahulu apa itu kutu rambut. Untuk pengetahuan semua, kutu rambut adalah serangga kecil yang memakan darah dari kulit kepala manusia. Kutu rambut paling kerap menyerang kanak-kanak. Ia biasanya merebak melalui pemindahan terus dari rambut seseorang ke rambut orang lain. Akan tetapi, korang tidak perlu risau kerana kutu rambut tidak membawa sebarang penyakit bakteria atau virus. Jika korang dijangkiti kutu rambut, korang hanya perlu membuangnya dari rambut dan kulit kepala.
Tanda-Tanda Korang Mempunyai Kutu Rambut
1) Gatal-gatal.
Tanda-tanda paling biasa yang menunjukkan korang mempunyai kutu rambut ialah apabila korang rasa gatal-gatal pada kulit kepala, leher dan juga telinga. Ini adalah tindak balas alahan terhadap gigitan kutu rambut tersebut. Sedikit fakta menarik, apabila seseorang mempunyai kutu rambut buat kali pertama, gatal-gatal mungkin tidak berlaku selama 4 hingga 6 minggu.
2) Kutu pada kulit kepala.
Sebelum kutu rambut itu membiak ke kawasan rambut, korang mungkin dapat melihat kutu tersebut memulakan pembiakannya di kulit kepala korang. Ia mungkin dapat dilihat tetapi selalunya sukar untuk dikesan kerana saiznya yang kecil, elak cahaya dan juga kemampuan untuk kutu tersebut bergerak dengan cepat.
3) Telur kutu (nits) pada batang rambut.
Telur kutu atau lebih mudah dikenali sebagai ‘nits’ ini melekat pada batang rambut dan mungkin sukar dilihat kerana ia mempunyai saiz yang sangat kecil. Ia paling mudah dilihat di sekitar telinga dan juga garis rambut di bahagian leher. ‘Nits’ kosong mungkin lebih mudah dikesan oleh korang kerana warnanya yang lebih cerah dan jauh dari kulit kepala. Walau bagaimanapun, kehadiran telur ‘nits’ ini tidak bermakna terdapat kutu rambut yang hidup pada rambut dan kulit kepala korang tu.
4) Luka pada kulit kepala, leher dan bahu.
Apabila kutu rambut dah mula membiak pada rambut korang, menggaru menjadi salah satu solusi untuk korang mengurangkan rasa gatal pada rambut dan juga kulit kepala korang. Kesannya, tindakan menggaru ini boleh menyebabkan benjolan kecil berwarna merah timbul pada kulit kepala korang dan yang bahayanya, ia kadangkala boleh dijangkiti bakteria.
Cara Mencegah Kutu Rambut
1) Gunakan sikat kutu.
Menggunakan sikat kutu merupakan salah satu cara paling efektif untuk merawat masalah kutu rambut. Namun begitu, korang perlu memastikan yang korang menyikat kutu rambut tersebut sehingga habis daripada rambut. Jika korang merasakan bahawa menggunakan sikat kutu menggunakan tenaga yang banyak dan leceh, korang sentiasa ada pilihan untuk mencukur terus rambut korang sehingga licin.
2) Menggunakan Shampoo Faith Fleur.
Setelah menyikat kesemua kutu rambut itu keluar daripada rambut korang menggunakan sikat kutu, korang perlulah mula menjaga kebersihan rambut dan kulit kepala korang selepas itu. Salah satu shampoo yang paling berkesan untuk membersihkan rambut dan kulit kepala korang secara menyeluruh adalah Shampoo Hair Loss daripada Faith Fleur. Untuk pengetahuan korang, Shampoo Hair Loss daripada Faith Fleur ni bukan sahaja dapat membantu merawat masalah kutu rambut. Ia juga membantu untuk mengatasi masalah rambut gugur. Haa, banyak kan masalah rambut yang dapat diselesaikan dengan hanya menggunakan satu jenis shampoo sahaja. Untuk melengkapkan lagi rutin penjagaan rambut korang, boleh juga korang teruskan dengan mengguna Conditioner Hair Loss daripada Faith Fleur. Dengan menggunakan conditioner ini, rambut korang akan diberikan perlindungan tambahan terhadap masalah rambut.
3) Menggunakan ‘mouth wash’ pada rambut.
Cara penggunaannya sangat mudah dan menjimatkan tenaga. Apa yang korang perlu lakukan adalah meratakan ‘mouth wash’ tersebut di seluruh kulit kepala dan juga rambut. Selepas itu, balutkan kepala korang dengan ‘shower cap’ dan biarkannya selama 2 jam. Selepas membukanya, basuh rambut korang dahulu dengan bersih. Selain daripada membunuh kesemua kutu rambut yang ada pada rambut korang, cara ini juga membuat rambut korang menjadi lebih segar.
4) Guna Hair Serum Faith Fleur pada rambut.
Hair Serum daripada Faith Fleur ni mengandungi minyak zaitun. Kandungan ini la yang memang dah terbukti mengawal masalah kutu dengan membunuhnya. Selain daripada membunuh kutu rambut yang terdapat pada rambut, ia juga membantu untuk memberikan vitamin dan juga nutrisi yang diperlukan oleh rambut supaya ia kekal sihat. Tambahan lagi Hair Serum daripada Faith Fluer ini juga membuatkan rambut korang lebih lembut dan tampak bersinar.