Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

Keliru dengan masalah rambut? Ini yang perlu anda ketahui mengenai rambut anda.

By 11 September 2022No Comments

Setiap individu pasti akan mengalami masalah rambut. Tapi persoalannya, adakah anda ketahui jenis-jenis masalah rambut selain daripada kelemumur? Jangan terlalu fokus mengenai masalah kelemumur sahaja kerana terdapat lagi jenis masalah rambut lain yang wajib anda ketahui.

Seperti yang kita tahu, rambut adalah mahkota semula jadi buat manusia tanpa mengira jantina lelaki atau wanita kerana ia melengkapkan penampilan kita semua. Sama ada ia panjang, pendek, lurus, keriting atau ikal mayang, mahkota ini haruslah dijaga dan dipelihara dengan sebaiknya.

Dalam erti kata yang lebih mudah, semua orang pastinya mahukan rambut yang berkilat, bersinar dan mudah dirapikan tanpa tersekat di sebarang skala.

Ciri-ciri rambut yang mengalami masalah

Secara purata rambut akan tumbuh sebanyak setengah inci sebulan.  Kebanyakan rambut akan terus tumbuh selama 3-5 tahun sebelum gugur. 

Rambut juga akan gugur lebih kurang 50 – 100 helai sehari. Jadi apabila rambut gugur lebih dari kebiasaan, itu adalah tanda bahawa rambut anda mempunyai masalah.

Selain keguguran rambut dan kelemumur, jika rambut anda kering, kusam serta bercabang menunjukkan bahawa ia telah mengalami kerosakan dan perlu diperbaiki. Kebiasaannya, ia akan rosak dengan teruk sekiranya individu terlalu kerap mengunjungi salon untuk menggayakannya mengikut cita rasa.

Jenis-jenis masalah rambut

Terdapat beberapa masalah rambut sebenarnya yang wajib anda ketahui selain daripada keguguran dan kelemumur iaitu : 

  • Kebotakan

Alopecia areata, adalah sejenis masalah kebotakan yang membuatkan kepala anda bertompok. Jika dibiarkan, ini boleh menyebabkan kebotakan di seluruh kepala tanpa meninggalkan seurat rambut. Kebotakan berlaku apabila folikel rambut tidak lagi boleh tumbuh dengan baik.

Kebotakan sering dikait dengan masalah genetik, dan boleh terjadi kepada lelaki dan juga wanita.

Teknik penanaman rambut adalah rawatan yang popular untuk mengatasi masalah kebotakan. 

  • Rambut beruban

Uban adalah jenis masalah rambut berwarna kelabu atau putih yang akan muncul khususnya dalam kalangan mereka yang telah lanjut usia.

Namun, ada juga individu yang terlalu cepat atau terlalu lambat mengalami rambut beruban bukan? Ia sebenarnya juga dipengaruhi beberapa faktor lain!

Antara faktor lain tersebut adalah genetik, tekanan dan keadaan kesihatan individu itu sendiri.

Sebenarnya, mewarnakannya sahaja dengan pewarna buatan bahan alami adalah alternatif yang terbaik.

  • Rambut luruh

Seperti yang dinyatakan di atas, rambut akan gugur sekitar 50 – 100 helai sehari. Namun jika rambut anda luruh lebih dari kebiasaan, itu menandakan rambut anda mengalami masalah yang harus diberi perhatian dengan segera.

Wanita terutamanya sering mengalami rambut gugur, terutamanya dikalangan wanita bertudung kerana pemakaian tudung memerlukan penjagaan rambut yang lebih rapi. 

Jadi bagi anda yang memakai tudung, pastikan anda menjaga kesihatan rambut anda ya!

  • Rambut berminyak

Ramai yang salah sangka dengan rambut berminyak dengan berkilat kerana kedua-duanya mungkin kelihatan agak serupa daripada luaran.

Untuk pengetahuan anda, rambut yang berkilat adalah disebabkan ia berada dalam keadaan sihat ekoran dijaga dengan rapi dan baik.

Lain pula halnya jika rambut berminyak kerana ia menunjukkan bahawa mahkota anda terlebih kandungan minyak dan berada dalam bahaya.

Bagaimana untuk mengetahui jika rambut anda jenis berminyak atau tidak? 

Jika rambut anda menjadi berminyak selepas beberapa jam anda mencuci rambut, itu menunjukkan anda mempunyai masalah rambut berminyak. Ini adalah disebabkan oleh kelenjar sebum yang sangat aktif menghasilkan sebum. 

Sekiranya dibiarkan, rambut anda akan kelihatan kusam, tidak bermaya dan juga akan menghasilkan bau yang tidak menyenangkan.

  • Kelemumur

Masalah kelemumur merupakan jenis masalah rambut yang paling biasa dan banyak dihadapi oleh individu tidak kira jantina lelaki atau wanita.

Kelemumur boleh terhasil bukan hanya pada rambut yang kering, tetapi juga rambut yang berminyak. 

Faktor-faktor seperti pemakanan yang tidak seimbang, penghasilan sebum yang terlalu banyak, kulit kepala kering adalah punca rambut berkelemumur.

Wanita bertudung sangat berisiko mengalami kelemumur kerana rambut terperap terlalu lama tanpa pengudaraan yang optimum, dan juga penjagaan rambut yang tidak tersusun.

f ) Rambut bercabang

Rambut bercabang terhasil akibat kerosakan rambut yang disebabkan oleh terlalu banyak pewarnaan selain terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama. 

Tiada petua untuk menyelamatkan rambut bercabang, melainkan dengan memotong bahagian rambut yang bercabang.

  1. g) Rambut rapuh

Rambut rapuh boleh berpunca dari penggunaan bleach yang berlebihan, mewarnakan rambut dengan bahan kimia yang boleh merosakkan rambut, kekurangan nutrisi, terdedah kepada haba yang terlalu tinggi, dan kekurangan kelembapan.

 

Ingin lebih banyak perkongsian mengenai rambut? Sertai kami di https://t.me/faithfleurlover