Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

Berkesankah Rawatan Untuk Tanam Rambut?

By 11 September 2022No Comments

Adakah rambut anda gugur satu persatu? Adakah anda mula botak pada usia sekarang? Anda bimbang keadaan itu. Bagaimanapun, anda tidak keseorangan sebenarnya kerana ramai yang berhadapan dengan masalah kebotakan dan sedang mencari jalan penyelesaian.

Sekiranya anda mempunyai masalah rambut seperti keguguran atau kebotakan kronik, rawatan tanam rambut atau implan rambut mungkin adalah salah satu alternatif yang boleh dipertimbangkan. Bagaimanapun, rawatan ini mungkin agak kurang digunakan oleh penderita masalah rambut ekoran kos yang agak mahal di samping kekeliruan di antara hukum dalam agama.

Persoalan yang bermain dalam fikiran ramai adakah rawatan ini berkesan untuk penderita masalah rambut botak?

Apa itu rawatan tanam rambut?

Untuk pengetahuan anda semua, rawatan tanam atau tambah rambut adalah sejenis prosedur yang akan dijalankan untuk mengembalikan rambut pada kawasan kulit kepala.

Ia biasa dibuat oleh mereka yang mengalami masalah keguguran rambut, kebotakan atau rambut nipis yang berlaku disebabkan oleh genetik atau kemalangan.

Secara umumnya, terdapat tiga jenis prosedur utama daripada rawatan ini iaitu meluaskan jaringan kulit kepala; mengecilkan jaringan kulit kepala dan menanam rambut asli @ sintetik.

Ketiga-tiga prosedur rambut ini dapat digabungkan antara satu sama lain ataupun dilakukan salah satu sahaja bergantung kepada kondisi rambut individu itu sendiri.

 

Siapa yang boleh melakukan prosedur ini?

Pilihan ada ditangan sendiri, sama ada mahu melakukan prosedur rawatan rambut atau sebaliknya.

Tapi semua orang boleh melakukan prosedur tersebut, tanpa mengira usia atau jantina namun diingatkan ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum melakukan prosedur ini iaitu:

  • Jumlah rambut yang sihat di kulit kepala
  • Jumlah rambut tidak sihat di kulit kepala
  • Kemampuan menumbuhkan rambut di kulit kepala
  • Kawasan kulit kepala yang perlukan rawatan

Pemeriksaan awal dengan melihat kepada biopsi kulit kepala perlu dilakukan sebagai ujian dalam menentukan sama ada anda sesuai atau tidak menjalani prosedur ini, selain beberapa ujian yang lain.

Anda merupakan calon yang terbaik untuk prosedur ini jika:

  1. Anda mempunyai kesihatan yang baik.
  2. Mempunyai jangkaan yang realistik mengenai keputusan prosedur penanaman rambut.
  3. Masih lagi mempunyai kawasan rambut yang lebat.

Untuk mengetahui mengapa anda mengalami masalah rambut gugur, doktor akan menjalankan beberapa siri pemeriksaan lain.

Jika ujian menunjukkan keputusan yang positif, anda boleh meneruskan dengan prosedur tanam rambut.

Proses pemulihan prosedur tanam rambut

Selepas melalui rawatan tanam rambut, mesti anda tertanya-tanya berapa lamakah untuk proses pemulihan. Adakah akan mengambil masa selama dua bulan, tiga bulan ataupun lima bulan.  Tapi sebenarnya ia tidaklah mengambil masa yang agak lama, dalam dua tiga hari selepas itu, anda boleh kembali semula bekerja seperti biasa.

Bagaimanapun, anda perlu mengambil ubat tahan sakit selama beberapa hari kerana, kawasan kulit yang terlibat akan menjadi sangat lembut apabila disentuh.

Anda juga mungkin perlu memakai pembalut selama beberapa hari untuk memastikan luka benar-benar sembuh dan untuk mengelakkan sebarang jangkitan.

Selain ubat tahan sakit, doktor juga mungkin akan membekalkan anda dengan ubat antibiotik atau ubat anti radang.

Kesan sampingan

Setiap bentuk pembedahan yang dijalani samada pada bahagian anggota badan termasuk rambut sememangnya akan ada kesan sampingan.

Bagi rawatan tanam rambut sendiri, terdapat beberapa kesan sampingan yang mungkin anda alami iaitu:

  1. Mengalami kegatalan dan kebengkakan pada kulit serta kesukaran menelan makanan disebabkan kesan ubat bius.
  2. Semasa prosedur tanam rambut, anda mungkin akan mengalami kondisi seperti degup jantung terlalu laju namun ia hanya bersifat sementara dan boleh dirawat.

3.Selepas prosedur implan rambut, anda juga boleh mengalami kondisi infeksi akibat luka tanaman atau jahitan pada kulit kepala yang menerima rawatan.

  1. Rambut mungkin nampak tidak semulajadi disebabkan graf penempatan atau penanaman rambut yang tidak tepat.
  2. Seperti mana-mana jenis pembedahan, prosedur tanam rambut juga mempunyai beberapa risiko, termasuk pendarahan dan jangkitan. Ada juga risiko pertumbuhan rambut baru yang tidak normal dan kulit kepala kekal berparut.
  3. Semasa rambut baru mula tumbuh, sesetengah individu akan mengalami keradangan atau jangkitan pada folikel rambut yang dikenali sebagai folliculitis. Antibiotik dan kompres boleh melegakan masalah ini.

Kos rawatan

Setiap pembedahan atau rawatan yang dijalankan sudah semestinya memerlukan kos.

Bagi kos prosedur rawatan tanam rambut untuk atasi masalah botak pula akan bergantung kepada jumlah rambut yang anda gunakan.

Kesimpulan

Sebelum mengambil keputusan untuk menjalani prosedur rawatan tanam rambut, berbincanglah dengan doktor terlebih dahulu mengenai risiko-risiko yang akan berlaku dan berapa peratus peluang pemulihan yang mungkin anda dapatkan daripada prosedur tersebut.

Doktor atau pakar boleh membantu anda menentukan sama ada tanam rambut untuk atasi botak adalah pilihan yang baik untuk anda atau tidak.

Ini adalah bagi memastikan setiap prosedur rawatan yang diambil tidak menjejaskan diri anda.

 

Ingin lebih banyak perkongsian mengenai rambut? Sertai kami di https://t.me/faithfleurlover