Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

BAGAIMANA NAK JAGA RAMBUT YANG LURUS?

By 9 September 2022No Comments

RAMBUT lurus, berkilau dan lembut bak sutera memang jadi idaman semua wanita kerana ia mudah digayakan dan diurus.

Kebanyakan wanita yang berambut kerinting, memilih untuk melakukan teknik meluruskan semula rambut kerana menganggap gaya seperti itu mudah diuruskan.

Malahan, mereka beranggapan bila rambut diluruskan, ia akan lebih menawan dan menarik berbanding memiliki rambut kerinting.

Tindakan meluruskan rambut memang ada kelebihannya, tetapi perlu diingat apabila anda meluruskan rambut, keaslian rambut asal perlu dijaga.

Ini kerana, rambut adalah mahkota wanita, ia adalah bahagian paling berharga untuk seorang wanita. 

Tanyalah mana-mana wanita, mereka pasti sukakan rambut yang cantik, walaupun mereka bertudung atau berhijab. Rambut yang nampak cantik, selalunya adalah rambut yang sihat dan segar.

Adakah luruskan rambut bertahan lama

Walaupun nampak cantik bila rambut diluruskan, namun persoalan yang bermain di fikiran adalah adakah ia akan bertahan lama?

Kebiasaannya, rambut yang menjalani teknik meluruskan semula atau rebonding, tidak akan bertahan lama.

Bagaimana, anda boleh ikuti cara penjagaan rambut rebonding. Ia tidaklah sesusah mana. Beberapa tip boleh diamalkan supaya rambut tidak kembali kepada gaya asal terlalu cepat.

Tip penjagaan rambut diluruskan semula

Selepas melakukan teknik meluruskan semula, pastikan anda tidak mencuci rambut berkenaan. Ini kerana bagi mengelakkan rambut kembali pada keadaan asal dengan terlalu cepat.

Lazimnya, pekerja salon akan memberi tips-tips kepada anda dari segi penjagaan selepas proses meluruskan rambut selesai. Antara yang wajib untuk anda ikuti adalah:

  1. Dalam tempoh tiga hari selepas meluruskan rambut, anda tidak dibenarkan untuk membasuhkan rambut. Ia bagi memastikan rambut tidak kembali kepada keadaan asal.
  2. Anda juga boleh mengurut kepala supaya rambut akan tahan lebih lama. Ketika melakukan urutan, pastikan tidak menggunakan air panas, sebaiknya guna air sejuk saja.
  3. Jangan gunakan pengering rambut selepas selesai mandi terutama jika rambut masih basah. Ia boleh merosakkan keadaan rambut sehingga ke lapisan paling dalam. 
  4. Disarankan supaya memakai masker rambut seminggu dua kali untuk menjaga kelembapannya. Jika perlu, pakai juga penutup rambut untuk menjaga suhu supaya stabil.
  5. Gunakan sikat bergigi jarang bagi mengelakkan rambut patah dan jangan guna sikat dengan gigi yang padat.
  6. Jangan ikat rambut terlalu lama kerana ia akan menjadikan rambut tidak lurus. Selain itu, ia membuatkan rambut mudah gugur.

Terlalu banyak bahan kimia, boleh rosakkan rambut

Anda harus tahu selepas menjalani prosedur meluruskan rambut, rambut anda akan mengandungi lebih banyak bahan kimia di dalamnya.

Oleh demikian, ia sangat memerlukan penjagaan yang lebih teliti berbanding rambut normal. 

Penggunaan bahan kimia yang kerap boleh menyebabkan banyak kesan sampingan seperti rambut gugur, alergi bahan kimia, rambut rosak dan bermacam-macam lagi.

Untuk mengatasi kebimbangan itu, tanpa anda sedari, sebenarnya bahan semula jadi yang ada di rumah, boleh digunapakai untuk mendapat rambut idaman, seperti mengunakan bahan minyak kelapa, santan kelapa dan aloe vera.

Meluruskan rambut mempunyai kebaikan dan keburukan.

Manfaat dan keburukan meluruskan rambut adalah masalah yang membimbangkan semua orang yang memutuskan untuk memilih jenis perawatan ini. 

Di sini, disertakan beberapa kebaikan dan keburukan jika anda menjalani proses tersebut.

Manfaatnya adalah seperti berikut:

  • Penembusan cepat komposisi protein ke dalam batang rambut memberikan sifat keanjalan dan kekuatan.
  • Mudah disikat.
  • Bersinar, kelembapan dan kawalan helai.
  • Buang kegatalan yang tidak perlu.

Kekurangan meluruskan keratin:

  • Kesan berbahaya kerana sifat toksik dari campuran khas.
  • Prosedur yang kurang baik dapat meningkatkan kerapuhan dan memprovokasi keguguran rambut.
  • Harga tinggi.

Kesimpulan 

Memiliki rambut lurus sememang nya banyak kelebihan, tetapi dalam sibuk untuk meluruskan semula, keaslian dan kesihatan rambut perlu dijaga. Jangan sampai suatu masa nanti, semua rambut anda gugur dan botak.

 

Ingin lebih banyak perkongsian mengenai rambut? Sertai kami di https://t.me/faithfleurlover