Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

KENALI JENIS RAMBUT ANDA

By 28 September 2018September 7th, 2020No Comments
Bak kata pepatah…
Rambut sama hitam, hati lain-lain
Sebenarnya, rambut ni nampak je sama hitam, tapi jenis dia lain-lain! Dengan mata kasar, kita tak boleh nampak perbezaan ini. Tetapi kita boleh tentukan dengan deria rasa. (Atau jika anda ada microskop di rumah)
Secara asasnya, rambut kita ni ada 3 jenis semuanya. Dan, cara penjagaannya juga berbeza kerana jika anda tersilap, rambut anda akan jadi lebih rosak. Sebelum kita mengenal ketiga-tiga jenis rambut ini, anda perlu tahu tentang porosity. Eh apa itu porosity?
Porosity dalam bahasa melayunya adalah liang. Setiap helaian rambut kita ni ada liang-liang halus yang dikenali sebagai cuticleCuticle adalah lapisan paling luar sekali pada rambut anda. Cuticle inilah yang menentukan keadaan liang rambut anda.
“The porosity of the cuticle”
Related image
Porosity ni terbahagi kepada 3 jenis – High (tinggi), Medium (sederhana) dan Low (rendah). Jika anda memiliki high porosity, jadi satu kepala anda adalah rambut jenis high porosity. Tidak akan bercampur. Jadi, apa bezanya?
HIGH POROSITY
Related image
Jika kita lihat dalam gambar diatas, liang-liang rambut (porosity) kelihatan terbuka dan renggang. Rambut jenis ini memiliki karakter yang cepat rosak dan cepat gugur. Liang yang terlalu renggang ini menyebabkan kelembapan tidak dapat bertahan lama didalam rambut. Jika kelembapan tidak dapat bertahan lama, rambut akan mudah kusam dan kering, dan seterusnya gugur.
Jangan beranggap jika rambut anda bukan jenis ini, rambut anda tidak akan rosak. Anda boleh memiliki rambut high porosity  seperti ini jika anda kerap menggunakan hair straightener dan produk rambut yang memiliki bahan kimia berbahaya. Rambut jenis ini mudah gugur jika anda terdedah lama dengan air, seperti mandi terlalu lama atau berenang di kolam.
Untuk menjaga dan merawat rambut jenis ini, ada beberapa langkah yang anda boleh ikuti
  1. Gunakan butter atau minyak dan biarkan untuk tempoh yang lama untuk memerangkap kelembapan
  2. Gunakan cuka epal
  3. Gunakan aloe vera
  4. Gunakan shampoo yang tinggi protein
MEDIUM POROSITY
Image result for hair medium porosity
Berbeza dengan rambut high porosity, liang-liang seperti didalam gambar diatas tidak terlalu rapat dan tidak terlalu renggang. Kemasukan dan pengeluaran kelembapan untuk rambut jenis ini berlaku secara sederhana. Rambut jenis ini tidak memerlukan penjagaan yang rapi kerana ianya nampak cantik dan sihat.
Jika anda memiliki rambut jenis ini, anda boleh melakukan pelbagai fesyen dan style rambut kerana rambut anda boleh tahan dari sebarang kerosakan!
LOW POROSITY
Image result for low porosity hair nanoilsRambut yang memiliki low porosity ini mempunyai jaringan liang yang bertindih rapat antara satu sama lain. Tiada ruang dan tiada renggang. Rambut seperti ini boleh dianggap sebagai rambut sihat, dan biasanya lebih bersinar dari jenis rambut lain, terutamanya jika berwarna hitam. Low porosity ini tidak dapat menyerap kelembapan dengan baik, tetapi apabila kelembapan sudah masuk, ia tidak akan mudah untuk keluar.
Low porosity hair requires moisturizers rich in emollients such as shea butter, jojoba oil, coconut oil and mineral oil. It also benefits from humectant products, which attract and hold moisture to your hair. Choose lighter, liquid-based products such as hair milks that won’t sit on your hair and leave it oily or greasy.
Cuticle rambut ini sangat rapat. Jika disemburkan air, kita akan dapat perhatikan embun pada rambut. Tidak dapat meresap masuk. Penjagaan rambut jenis ini juga memerlukan penjagaan yang rapi. Rambut low porosity memerlukan produk yang kaya dengan agen pelembap seperti shea butter, minyak Jojoba, minyak kelapa dan minyak mineral.
Jika anda memilih produk rambut yang biasa yang berasaskan air, rambut anda akan kelihatan berminyak kerana lembapan tidak dapat meresap dengan baik.
MACAM MANA NAK TAU JENIS RAMBUT KITA?
3 ujian dibawah ini boleh dibuat dirumah sahaja! Dari ujian ini dapat mengenalpasti jenis rambut kita. So lepas ni, rawat rambut dengan cara yang betul dan pilih produk yang betul, ok?
  1. The Float Test (Ujian Apungan)
    natural hair porosity float test
    Ambil beberapa helaian rambut dan letakkan didalam gelas. Jika rambut anda tenggelam, maka rambut anda adalah jenis high porosity. Mudah menyerap air. Jika rambut anda terapung, maka rambut anda adalah jenis low porosity. Dan begitulah seterusnya dengan medium porosity.
  2. The Slip & Slide Test (Ujian Rasa)
    Image result for strand test hair
    Ambil sehelai rambut, dan rasa rambut anda dengan menggunakan permukaan jari. Alur jari anda dengan melawan arus. Jika terlalu kasar dan rasa berbonggol-bonggol, rambut anda adalah jenis high porosity. Jika anda terasa halus dan lancar ketika mengalurkan jari melawan arus, maka rambut adalah jenis low porosity. 
  3. The Spray Bottle Test (Ujian Semburan Air)
    Image result for water drops on hair
    Caranya mudah sahaja. Spray air pada rambut anda. Pastikan semburan air tersebut nipis dan halus sahaja. Dan seterusnya, perhatikan rambut anda. Jika terdapat embun pada rambut, maknanya rambut anda adalah jenis low porosity. Rambut jenis ini tidak dapat menyerap air dengan baik. Dan jika rambut anda basah dan lembap, rambut in adalah jenis high porosity. 
Jadi, betulkah pepatah dibawah tersebut? 😘😘
Rambut sama hitam, hati lain-lain

Leave a Reply