Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

BENARKAH SHAMPOO MAHAL LEBIH BERKESAN?

By 4 September 2018September 7th, 2020No Comments
Pernahkah anda membeli shampoo di pasaraya? Mesti la pernah kan. Lebih murah dan lebih berbaloi. RM10 dah boleh dapat botol besar gedabak. Tetapi, ramai yang tidak tahu shampoo pasaraya memberikan kesegaran sementara sahaja untuk rambut. Tidak untuk jangkamasa panjang.
Menjaga rambut boleh menjadi satu rutin yang mahal dan meletihkan. Walaupun anda tidak mewarnakan rambut atau mendapatkan rawatan di salon, kos untuk shampoo sahaja sudah menelan kos yang tinggi. Shampoo terdapat dalam pelbagai fungsi. Untuk rambut kasar, untuk rambut nipis, untuk rambut gugur dan untuk kelemumur. Tu belum kira anda tersalah baca info lagi!
Image result for shampoo supermarket
Hasil kajian program Two Horizon oleh BBC, mendapati bahawa shampoo pasaraya adalah sama semuanya, walaupun jenama berbeza. Walaupun harga murah dan mahal. Hal ini kerana semua shampoo ini secara dasarnya mempunyai bahan yang sama untuk mencuci rambut anda, iaitu surfactants atau sulfate.
Bahan ini sangat berkesan untuk memerangkap kotoran dan minyak di rambut kerana wujud sifat hydrophobic.
Image result for shampoo in salon
“You get what you paid for”. Begitulah pepatah orang barat. Jika mahu produk berkualiti, bayarlah lebih! Shampoo pasaraya dihasilkan dalam skala yang besar dan berkemungkinan tinggi mempunyai peluntur yang kuat. Hal ini boleh menyebabkan kegatalan pada kulit kepala sensitif. Jika anda mengikuti beberapa artikel kami di Faith Fleur, peluntur ini kami telah sebutkan beberapa kali.
Ya, peluntur ini adalah Sodium Laurel Sulfate (SLS).
Peluntur ini lebih murah jika hendak dibandingkan dengan bahan organik lain. Yang mana, shampoo mahal lebih berkualiti tinggi kerana terdapat minyak buah-buahan, extract mineral dan botani yang sukar dijumpai.
Pengarah salon terkemuka Hare & Bone, Sam Burnett berkata, bahan seperti Paraben, SLS dan Silikon yang terkandung didalam shampoo murah akan membuatkan rambut anda “nampak sihat” dan “nampak bersinar”. Tetapi sebenarnya tidak menambahbaik kesihatan rambut anda. Manakala shampoo mahal akan merawat dan menyihatkan rambut anda, tidak hanya “nampak sihat” dan “nampak bersinar”.
Beliau menambah lagi, shampoo murah akan memberikan kesan buruk dalam jangkamasa panjang untuk rambut anda. Shampoo secara amnya diformulasi untuk mencuci kotoran dan minyak pada rambut, tetapi yang membezakan dengan shampoo mahal ialah keberkesanan proses mencuci tersebut.
Shampoo mahal mempunyai ketumpatan dan kepekatan bahan yang lebih tinggi dari shampoo murah. Jadi, ianya lebih efektif walaupun anda menggunakannya dalam kadar yang sedikit.

Leave a Reply